Nuffnang

PROTON : The Return Of "JEDI"


"Jedi" merupakan satu watak yang cukup popular dalam siri cereka sains fiksyen "Star Wars". Jedi dianggap sebagai seorang penjaga keamanan dan keadilan di mana bagi seorang "Jedi Masters", ia akan berperanan sebagai mentor dalam menyumbangkan ilmu dan kemahiran mereka kepada orang baru sebagai penerus kejayaan.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan yang beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd.

Pengumuman rasmi mengenainya dijangka diumumkan esok.

“Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan Proton dan menjadikannya berjaya,” katanya kepada pemberita di majlis Makan Malam Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Tahunan Asian Banker 2014, di sini hari ini.

Laporan berita hari ini menyatakan Dr Mahathir akan dilantik sebagai Pengerusi Proton, yang dilihat sebagai langkah paling berani DRB-Hicom Bhd setakat ini dalam usaha menangani kemerosotan Proton sejak ia mengambil alih syarikat itu pada 2012.

Sejak menjadikan Proton milik swasta, DRB-Hicom telah berusaha menangani kemerosotannya dengan memberi tumpuan kepada pelbagai langkah transformasi pengurusan yang radikal.

Pelantikan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah bijak memandangkan pengetahuan luas dan pengaruh bekas perdana menteri itu kepada industri berkenaan dan kerajaan.

Dr Mahathir yang juga penasihat pengeluar kereta perintis negara sejak bersara sebagai perdana menteri pada 2003, bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pengerusi Eksekutif sekarang, Tan Sri Mohd Khamil Jamil akan berundur daripada jawatan berkenaan.

Laporan berita itu turut menyatakan Dr Mahathir juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lotus Plc, anak syarikat milik penuh Proton dan difahamkan telah menerima kedua-dua pelantikan terbabit.

Pada zaman kegemilangannya, Proton yang mengeluarkan lebih 3.5 juta kenderaan di kilangnya di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak, menguasai sehingga 85 peratus pasaran kereta domestik.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor, termasuk liberalisasi pasaran domestik sehingga menyebabkan kebanjiran kereta import murah, saingan daripada Perodua dan kajian semula Dasar Automotif Nasional, telah menyumbang kepada kemerosotan Proton.

Penguasaan pasaran domestik Proton kini hanya kira-kira 22 peratus manakala eksport secara bandingannya sangat sedikit.

Sementara itu mengenai anugerah berkenaan, Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Bhd telah memenangi Anugerah Jurubank Muda Harapan Asian Banker di samping tujuh pemenang lain daripada negara serantau.

Anugerah Pencapaian Kepemimpinan Asian Banker diiktiraf industri perkhidmatan kewangan sebagai anugerah tertinggi kepada profesional dan bank dalam industri berkenaan di Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top