Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini menolak usul tergempar mendesak ADUN Seri Delima R.S.N Rayer memohon maaf dan menarik balik perkataan 'celaka' yang dikeluarkannnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa lepas.
Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul yang dikemukakan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) setelah mendapati usul itu tidak memenuhi syarat peraturan mesyuarat.
"Mengikut peraturan mesyuarat 34(viii) usul sebegini perlu disokong oleh 10 ahli-ahli yang berdiri di tempat masing-masing. Saya telah mengira dan mendapati ahli-ahli berhormat yang berdiri di tempat masing-masing adalah lapan.
"Maka usul ini tidak memenuhi syarat di bawah peraturan mesyuarat 34(viii) iaitu tidak cukup bilangan penyokong yang berdiri. Jadi, usul ini tidak diterima oleh dewan," katanya pada persidangan DUN, di George Town hari ini.
Peraturan 34(viii) menyebut seorang pencadang bagi sesuatu usul memerlukan 10 sokongan bagi membolehkan usul itu dibentang dan dibahaskan.
Muhamad Farid yang kemudiannya bangun mencelah berkata walaupun usul itu tidak diterima, wakil rakyat BN tetap mendesak Rayer memohon maaf.
"Datuk Speaker, saya sedar bilangan kami (wakil rakyat BN) kurang. Tetapi apa yang saya harapkan apa yang dihujahkan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) yang mahu supaya kita tunjukkan keikhlasan, kenapa tidak ada seorang pun daripada penyokong kerajaan negeri meminta Seri Delima menarik balik kenyataannya.
"Jadi, saya minta sekali lagi demi kemuliaan dewan ini walaupun kami tidak cukup sokongan, Seri Delima menarik balik kenyataannya kerana ia sememangnya menyakitkan hati kami," katanya.
Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada permohonan maaf yang diucapkan oleh Rayer.
Sementara itu, beberapa wakil rakyat Barisan Nasional menyifatkan kerajaan negeri mengamalkan sikap pilih kasih apabila menolak usul tergempar itu.
Ketua Pembangkang DUN Datuk Jahara Hamid berkata ketua menteri dan penyokong kerajaan negeri seolah-olah tidak ikhlas dan memperolok-olok peraturan mesyuarat apabila tidak menyokong usul mendesak Adun Seri Delima itu memohon maaf.
"Ini membuktikan sepenuhnya DAP Pulau Pinang membendung keceluparan ahli-ahlinya di dalam dewan dan dia tidak mengamalkan politik bersih dan memelihara keutuhan dan kedaulatan Dewan Undangan Negeri.
"Ketua menteri sendiri membuat kenyataan semasa menggulung usul tergempar sebentar tadi, kalau ada sesiapa buat silap hendaklah memohon maaf. Tapi rupanya tidak ikhlas di dalam tindakannya.
"Mereka buat apa pun, langgar peraturan tak apa. Tapi kami tak boleh. Dia minta kami mohon maaf kalau berlaku kesalahan tapi dia sendiri buat kesalahan tak mahu minta maaf. Jadi, inilah prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Muhamad Farid pula menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai sombong, ego dan berkata:"Mereka seolah-olah membenarkan ucapan yang dibuat oleh Rayer malah tiada seorang pun yang menyokong usul yang cuba kami bawa untuk meminta Rayer memohon maaf.
"Speaker DUN juga gagal melaksanakan tugasnya dengan baik apabila tidak mampu mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan itu ketika ucapan itu dikeluarkan pada Selasa sehingga mendorong insiden pencerobohan itu," katanya.
- Bernama
Apa tunggu lagi.....pariah / BABI dap
BalasPadamdah mula buat hal.
UMNO/Org Melayui diam saja ke....?
TELUQ ADA KE....?