Nuffnang

#MH370 : Petunjuk Baru Sahkan Pesawat Tidak ROSAK!!



“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja), jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya". 


Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.




Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.


“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” 

- Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. 

Share this article

1 Komen:

  1. Bukan saja Nik Huzlan pening kepala... satu dunia pun pening kepala dengan maklumat2 yang disogokkan oleh Malaysian Authority ni. Sentiasa berubah2. Bukan nak memperbetul tetapi nak diubah2.

    Aku panggil ini drama sinitron terbaik abad ini, Hari2 ada saspen. "All Right, Good Night Malaysia 370". Sedap jugak kalau letak tajuk tu...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top