Nuffnang

#MH370 : KJ Bidas Anwar!!! @KhairyKJ




MH370 Dalam satu siri tweets, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kehilangan pesawat MH370.

Khairy yang juga ketua Pemuda Umno Malaysia menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai tidak berasas.

Katanya, ketika kerajaan Malaysia bersama rakan-rakan negara lain memanfaatkan setiap minit mencari MH370, ketua pembangkang itu pula mencari keuntungan politik.

Anwar, dalam temubual dengan The Telegraph UK, mendakwa kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal, dan mengecam kerajaan kerana tidak bertindak lebih awal untuk mengelakkan pembaziran sumber mencari di Laut China Selatan.

"Mereka (kerajaan) mempunyai kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," Anwar dilaporkan berkata.

Khairy membalas bahawa jet tentera udara tidak memintas MH370 - yang hanya satu plot dikenal pasti di radar - kerana Malaysia bukan sedang berperang dan pesawat awam itu sudah terbang meninggalkan ruang udara Malaysia.


Share this article

1 Komen:

  1. Maaflah...saya memang dari dulu memang kagum dengan budak muda ini...bagi saya dia adalah sebutir permata yang akan menyumbangkan sinar dan kilauannya dalam politik tanah air pada masa masa mendatang ..dia punya ketokohan dan karisma seorang yg bijak dan pendebat yang handal .. cumanya di sana ramai 'barua' yg iri hati dan benci dengan kelebihan orang lain, mereka seboleh2 mahu mengenepikan Khairy sedangakan kemampuan dan kebolehan mereka jauh lebih rendah dibandingkan dengan KJ ...wei ..orang umno...buanglah budaya buruk cantas mencantas mu itu kalau kamu mahu orang melayu terus menyokong kamu !!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top