Nuffnang

#MH370 : Luahan Adik Ipar Mangsa....





Minta maaf pade semua. Doa dan perhatian dri anda smua amat kami hargai.. bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat-bulat dengan berita terbaru ini.

Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”.. dan di “sini”.. Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.

Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”.Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.

Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang.

Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut.

Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar?

Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi.

Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.

Share this article

4 Komen:

  1. Dan kerajaan juga berdepan dgn situasi sukar utk membuat sbrg keputusan...mencari mh370 ibarat mencari jarum di padang yg luas...bersabar dan berserah itu jln terbaik...doakan ada keajaiban..tuduhan terhadap kerajaan yg menyorok maklumat sepatutnya tidak dijadikan persoalan kerana kerajaan tetap akan melakukan yg terbaik utk menjejaki mh370..kepada Dia kita memohon..

    BalasPadam
  2. satu sahaja jawapan boleh diterima, tapi sedang dinafikan, ini pun dah jadi satu lagi bentuk spekulasi, maknanya semua orang nak berspekulasi dan termasuklah keluarga juga waris mereka yg berada dalam pesawat malang MH370.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terhempas atau dirampas yang pastinya semua penumpang dan nak kapal dimatikan.Kita kena terima hakikat ini.......kita negara kecil......Ingat pepatah Melayu ada berkata Gajah sama Gajah bertempur pelanduk mati ditengah tengah ......Itulah yang boleh dibaratkan buat masa sekarang ini .Berbohong dan kena bohong oleh kuasa besar.Jangan menanti sesatu yang mustahil.......dan jangan mengharap kepada satu jawapan yang munasabah.....teruskan doa selamat dan sedekahkan AL fatihah....

      Padam
  3. Sebenarnya berita klon MAS di Israel iitu amat penting dan Menteri Pertahanan mesti SIASAT dgn. segera - lagipun dgn. berita ini, makin ramai rakyat di Barat sendiri, makin mengesyakki Israel dan sekutu Baratnya, serta penglibatan Diego GarCIA!
    Bah. pertama:

    Lihat bagaimana klon MAS kita telah ditemui di ISRAEL - yg. disembunyikan dari 2013 lagi (lihat gambar replika MAS itu di http://beforeitsnews.com/alternative/2014/03/actual-photo-of-flight-370-clone-at-tel-aviv-airport-2928028.html , Actual photo of flight 370 clone at Tel Aviv airport, By Jimstonefreelance (Reporter), March 28, 2014).

    Dan si FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat), yg. sebenaqnya sudah dikuasai puak SYAITAN Illuminati Mossad-Israel/ZIONIS, dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean, /PKRPELIWAT memangnya tak habis-habis nak mengalih perhatian dari bukti penglibatan Diego GarCIA di tengah Lautan Hindi yg. sebenarnya adalah pengakalan tentera BAWAH TANAH- kongsi US-British-Israel yg. mungkin mengandungi senjata Nuklear (MAS disyaki di ‘hijack’ situ dulu sebelum di'hempaskan' di Lautan Hindi) – didedahkan oleh wartawan Shimatsu di bawah.

    Dan sekarang rejim PENIPU Australia/Barat-ZIONIS tu pun nak mengalih perhatian sejauh-jauhnya dr. Diego GarCIA; ubah arah pencarian kat tpt. lain pula, kononnya pilot pandu lebih laju dr. biasa! Nasib baik ada Media Alternativ, yg. cuba memberikan maklumat benar – tak mcm si CNN yg.memnagitu memang si CELAKA News Network dan si FOCK News itu pun yg. sama CELAKAnya!!

    Maka sekiranya serpihan yg. dijumpai di Lautan Hindi BUKAN dari MAS kita, maka mungkin klon MAS ini akan digunakan di masa hadapan, oleh si Mossad dan sekutunya ini, utk. mengebom Amerika di masa hadapan, dan menyalahkan dua ‘Iranian hijackers’ itu. Maka Israel dan sekutu CIA-MI6-NATOnya disyaki akan menggunakan alasan ini utk. mengebom Iran dgn. bom nuklear, di samping menyalahkan K'jaan Islam/Melayu kita - utk. memulakan Perang Dunia Ketiga! Dan kerana itulah berita klon MAS di Israel ini mesti disiasat, didedahkan di seluruh dunia serta kemungkinan penglibatan ZIONIS palaing DAJAL Soros/Rothschild dgn. replika MAS ini!

    Lihat artikel amat BERNAS dr. wartawan Jepun Yoichi Shimatsu, yg. menyambungkan titik-titik penting misteri kehilangan MAS kita ini, termasuk kemungkinan penglibatan si ZIONIS Soros, bukan shj. utk. menjatuhkan Iran tetapi kerana dendamnya yg. lama, pd. YAB Ayahanda Tun Dr. Mahathir kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top