Nuffnang

Mak Aii.... Al-Kisah Lukisan Pak Samad Itu Buat DUN Selangor Bergegar!!




Isu dua keping lukisan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, yang gagal dijelaskan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor bukanlah perkara besar. Ia hanya berharga RM 16,000.00 dan petang tadi kerajaan mengumumkan mereka akan menjelaskan bayaran tersebut kepada Pak Samad.

Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail (kanan) berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.

Kita tidak fikir sesiapa pun faham apa maksud kenyataan Rodziah ini kerana menurut laporan Pak Samad tidak menerima sesen pun bayaran. Adakah Rodziah membayar RM 8,000.00 sebelum ini atau tidak bayar langsung?

Namun yang paling menarik ialah bagaimana untuk menjustifikasikan pembayaran lukisan tersebut Rodziah berkata dua lukisan tersebut telahpun diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selanngor (Padat).

“Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco negeri di Shah Alam hari ini.

Ini menimbulkan pertanyaan besar, kerana Pak Samad sebelum ini menjelaskan dua lukisan dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bernilai RM8,000 setiap satu.

“Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

“Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8,000,” Samad dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.

Adalah jelas lukisan yang berharga RM 8,000.00 itu merupakan pembelian sebagai hadiah kepada dua pemimpin utama Kerajaan Negeri selangor iaitu, Menteri Besar Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Oleh kerana ia merupakan hadiah daripada seorang ahli politik seperti Rodziah kepada pemimpin politik parti beliau wajarkah kerajaan yang membayarnya?

Jika ia merupakan hadiah program tertentu kepada kedua-dua pemimpin tersebut tentulah sudah ada peruntukan yang dikhaskan. Apakah Rodziah telah menggunakan peruntukan tersebut untuk perkara lain dan sekarang mahu meminta kerajaan Negeri membayarnya?

Justeru untuk menjustifikasikan pembayaran ini kepada aktivis setia PKR, Rodziah mengumumkan lukisan tersebut diserahkan kepada Muzium Negeri. Sama ada diserahkan atau tidak kita tidak pasti.

Jika diserahkan pun ini merupakan tindakan “afterthought” yang cuba mengaburi mata masyarakat dan melindungi korupsi kecil-kecilan bagi memberi imbuhan kepada penyokong mereka.

Tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membeli karya sasterawan negara. Cuma mengapa dengan tiba-tiba hadiah kepada pemimpin Pakatan sudah bertukar kepada pembelian karya oleh Muzium Negeri?

Apakah wujud dua kali tuntutan (double claim) untuk barangan yang sama? Rodziah harus menjawab dengan jelas isu ini kerana wujud perbezaan jelas antara kenyataan beliau dan Pak Samad. Apakah lukisan tersebut hadiah kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim atau pembelian untuk Muzium Negeri?

RM 16,000 mungkin kecil dalam pentadbiran negeri, namun kelihatan ia seolah-olah sebahagian kecil bentuk korupsi.

Dalam kerajaan yang dianggap bersih dan telus oleh kaum Cina di Selangor, mereka bebas berbuat apa sahaja – Pasir dan Kumpulan Semesta, Datuk Jelatek, REIT harta anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor, lembu korban dan kronisma.

Syabas Khalid Ibrahim!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top