Nuffnang

PAS "DITAMPAR" DI SUNGAI LIMAU @KhairyKJ @Reginalah




Kejayaan Barisan Nasional (BN) mengurangkan majoriti undi Pas dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah adalah tamparan hebat buat parti tersebut, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau turut menyifatkan pengurangan majoriti undi lebih daripada separuh itu sebagai satu kemenangan moral buat BN.

“Ini menunjukkan kita boleh menembusi kubu kuat Pas yang kita tahu dahulunya dipegang oleh pesuruhjaya Pas. Wakil rakyat baharu (Sungai Limau) tak boleh duduk dengan selesa,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu turut melahirkan rasa kesal dengan insiden keganasan yang melibatkan penyokong pembangkang dan anggota Wanita UMNO ketika merayu undi dalam pilihan raya kecil itu semalam.

“Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila ada penyokong pembangkang yang ‘bergelak ketawa’ dalam media sosial, menaip LOL (laugh out loud), sedangkan jika terjadi pada pihak mereka, mereka akan kata kita bertindak ganas.

“Ini menunjukkan pihak pembangkang gagal mempromosikan politik cara berhemah dan menunjukkan tahap kebencian mereka telah sampai ke tahap yang tidak berperikemanusian,” katanya.

Pada PRK semalam, Pas mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Calonnya Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi berbanding calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.

Walaupun Pas menang kerusi DUN Sungai Limau, majoriti undi yang diperoleh Mohd Azam merosot sebanyak 61 peratus berbanding majoriti diperoleh bekas penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lepas - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top