Nuffnang

KISAH DI SEBALIK VILLA NABILLA..... Menyimpan 1,000 Cerita..




Polis Sahkan bukan 23 orang, tetapi hanya serang yang "HILANG" selepas masuk ke Villa Usang ini.

Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya saya ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 

Menurut cerita apa yang saya tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades (bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.

Ada beberapa budak penakut yang saya dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi Saya masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.




Share this article

1 Komen:

  1. Tahniah : Ah jib gor Gong,transformaci,inclusive ,engage,blue ocean strateji.kelainan,bapak
    sekolah vernakular;bapak liberal, atas kejayaan membena prasarana teras transformaci budaya warga belia Melayu.
    KJ .tonjol diri sibuk semua benda hingga kan ada 2 ? tak hormat Pres FAM. Tangan Kj ke ?
    Sokong rapi dari Saifudin ex menteri,kalah pru13, kepala bapak moderation new politikus dan Wan Ju bapak IDEAS liberal kecap manafaat dari NEP kacang lupa kan kulit .
    Prasarana budaya acuan barat liberal moderate terbuka KJ Saifudin Wan Ju mencetus kesah kesah yang papar olih alam maya TV dan media sosial menghairahkan Melayu lupa pedoman .

    Kaum Facebook mengambil sempatan serta merta untuk memviralkan netizens sehingga melayu yang , sehingga menjadi GULLIIBLE. Maklumlah 550,400 orang belia mengambil kesempatan mengguna SUBSIDI RM200 beli smatfone/gajet.
    bersubsidi ini lah belia , permudahkan menjadi GULLIBLE dan belia Malaysia jadi bodoh piang,tak mau/tak ingin guna teknoloji google untuk siasat berita/khabar angin,kerana kapada belia bodoh kita, Fasbuk ada lah kesemua nya,; masak telur goring update FB.pelik nya ada follower komen telor goring. Pergi pasar pagi pun bawa gajet !
    Tahniah : Belia 1M hebat sungguh
    berbekal gajet,Fasbuk dan mak we EEzat 16 tahun ambil kesempatan di Nabilla villa ,lupa nak call Mak sendiri, tiba,lupa FB gajet pulak. tapi dia hanya small player.
    Setaraf dengan kaum 1M perangai dan sifat orang yang tiada common sense ini dan tiada pedoman hidup jati diri masih lagi mempercayai karut marut berita khabar angin,tanpa siasat.
    ribuan orang johor hinggar pinggar ke danga bay ....banyak masa belia kita....
    Tahniah Ajib gor gong :kerana melahir kan satu genarasi kumpulan 1M
    yang buang masa disosial Fb, mudah di perdaya kan olih unsur unsur impot asing saperti pemain ,coach impot,expatriate impot,white rajah resort laut sabah impot,chef AMAR impot
    sehingga 3.5 juta kebanjiran warga asing ,tetap digalak Ah Jib gor , dengan perjanjian g 2 g dengan Bangladesh nak masuk lagi 100,000 bangladesh . 35,000,000 pelancung 2014.
    Ajib gor gong amat seronok memuji diri sendiri nya di kaca TV Msia.
    Tahniah : untung dapat 2 menteri ,jamil dan shahidan tukang puji.
    Kedegilan Ajib gor gong termashur.
    Beliau sendiri melapurkan sudah belanjakan 2000 juta rm wang rakyat kapada
    CON-Sultan asing Amerika.
    Penyakit Ajib adalah ENDLESS POSSIBILITIES yang. tiada penghujung.
    Ajib gor gong mengambil role model dari mentor nya Xi Ying Ping dengan
    “Chinese dream” aka Najib punya Endless Possibilities.
    Dan Xi juga dengan pautan “the great rejuvenation of the Chinese
    dream” aka ajib punya transformaci 1M.

    Tapi Xi punya cara untuk mengurang deficit belanjawan dengan “crackdown on lavish events dan extravagant official banquets “ tidak di sambut meriah amali
    kerajaan, olih ajib Gor ,malah tiada apa langkah atau dasar untuk kurang kan
    fiscal defisit, hanya ucapan murah murahan kurang subsidy yang mengalakkan
    inflasi yang susah, ya amat susah, bagi ajib gor dan kerabat bangsawan
    upperclass rejim ,untuk merasai apa itu inflasi, kerana sudah hampir 38 tahun ,tidak pernah mengikat pinggang macam rakyat biasa.

    Tahniah: bonda EEizat,keluarga mak we EEizat, pelawat ,pelakon lawat bangunan usang saperti Nabilla villa danga bay...
    Al maklumlah kat negeri kita ada ENDLESS POSSIBILITIES. dan menjadi tuan rumah global movement for moderation sekutu COMANGCO.
    Tahniah : Ah Jib Gor gong atas mencetus genarasi Fasbuk,twitter,wats ap dan
    lain RM200 sibsidi gajet 1M4U.
    Tahniah Ah jib Gor gong ,penyokong terulung David ,millionare baru ,di antara 31,000 millionare.
    Tahniah: rakyat Malaysia yang nak kan high Income nation,menghilangkan
    ,menjual,menyewa 535,000 mykad kapada bangla,indon,filipina,nepal,india,bosnia,nigeria,ghana,PRC
    cina.Vietnam,Sri lanka,Palestine.Ernest zacarevic pun kasih cina malaysia ..TRuly Asia.
    Tahniah Ah Jib,the best is yet to come.To evade taxes is traitorous,to spend 7 billion on con SULTants fees is patriotik.Endless possibilities.
    Twitt lebih sikit. hebat betul bapak kucing.
    Arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top