Nuffnang

APA DAH JADI?? Pas Tidak "BERKECIL HATI" Dengan Kenyataan KARPAL!!



PAS sama sekali tidak berkecil hati dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan Islam.

“Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

“Dia ingat parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang sebelum ini hidup berpuak-puak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian muktamar Dewan Ulama’ di sini hari ini.

Katanya, tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangkan polemik tersebut.






“Macam mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.

“Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan orang jahil rosak kita,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.

“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

”Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik, Herald.

Karpal berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

“Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top