Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.
Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.
Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.
Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.
Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Ini hanyalah sebahagian kecil hasil daripada projek IC..
BalasPadamhttp://wikisabah.blogspot.com.au/2012/03/rci-mahathir-wajar-dihukum-mati.html
Vangang bahlol betul punya statement atas ni....
Padamapa buduh suda ko cakap ni. ndada utak ka suda. ini la ni masalah org terlampau baca benda mengarut. utak pun sudah busuk berbangkai.
Padam