Nuffnang

SIAPA PEDULI? Pasangan Merempat Bersama Bayi Di Bawah Jambatan!!





Aminah menyuap air kotak pada bayinya, manakala Azalan tertidur di bawah jejantas

Kuala Lumpur: Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.

Lebih menyedihkan, satu daripada pasangan itu tinggal bersama bayi perempuan berusia empat bulan, manakala satu lagi menanti kelahiran anak sulung mereka dijangka pertengahan Ramadan ini.

Kedua-dua pasangan terbabit mendakwa bernikah di selatan Thailand tetapi menghadapi kesukaran mendaftarkan perkahwinan di negara ini. 

Bagaimanapun, ketika diminta menunjukkan dokumen pernikahan, kedua-dua pasangan gagal berbuat demikian.

Hanya beralaskan tilam, kain rentang buruk dan kotak lusuh, pasangan terbabit yang berpendidikan rendah dan tiada pekerjaan tetap rela hidup di situ walaupun terpaksa mengemis simpati masyarakat untuk sesuap makanan.



- SUMBER : METRO AHAD


BB : Walau apa pun alasan atau masalah yang dinyatakan, ke mana pihak bertanggungjawab dalam membantu nasib mereka yang memerlukan seperti ini? Pusat zakat? Kebajikan Masyarakat? Majlis Perbandaran? Jabatan Perparitan dan lain-lain?

Sudah sampai masanya agensi-agensi atau jabatan yang bertanggungjawab turun padang dan memantau sendiri di kawasan atau lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan golongan seperti ini. Jangan hanya menunggu di kerusi empuk dalam pejabat berhawa dingin.

Itu tidak kira lagi dengan karenah birokrasi dalam meluluskan bantuan yang dipohon!!

BB tertarik dengan pendekatan kerajaan Thailand dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya. Dalam satu lawatan ke negara gajah putih itu, boleh dikatakan hampir kesemua pusat membeli belahnya dibuka kaunter imigresen bagi memudahkan rakyatnya berurusan dalam hal-hal berkaitan passport.

Walau tidak semua yang kita boleh ambil dari negara jiran ini, namun perkara yang baik perlu kita contohi. Bayangkan sekiranya kaunter zakat dibuka di pusat membeli belah, di pasar, di pasar malam dan lain-lain lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat tidak bernasib baik seperti ini. BAYANGKAN!!

Bukannya sedikit wang zakat yang kita ada. Dan golongan-golongan "asnaf" seperti ini akan lebih mudah dibantu. 

Tapi janganlah pergi ke KLCC atau Pavilion.

Harap akan ada perubahan!!!
Share this article

3 Komen:

  1. emm... bangun lah wahai manusia yang memegang amanah negara... kalau terlalu ralit di kerusi empuk... jangan terlupa kamu akan di balun di suatu hari nanti...rasakanlah pulak!!!tapi mungkin takpe ..lambat lagi agaknya kot? perkara balun tu... untuk diri saya sendiri...Insaflah dan sedarlah..Insyaallah..

    BalasPadam
  2. siapa yang tahu, tolonglah lapor kepada pihak yang berkenaan. jangan sekadar bercakap sahaja. baru pihak yang berwajib dapat menjalankan tugas.

    BalasPadam
  3. kasihan??berfikir secara logik la bangsaku..PATI indonesia datang malaysia pun x duduk bawah jambatan, jgn nak salahkan keluarga, klo keluarga halau atau x restu pun so kena duduk bawah jambatan? MALAS adalah alasan yg tepat.. klo isteri saja tkde suami atau suami OKU takpe la nak kasihan n bagi bantuan itu n ini..fikir kan la..awak sihat, bandingkan diri awak dgn PATI indonesia dan si suami cermin2 la diri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top