Nuffnang

AMEKKAU!! 58 Tahun Penjara, 22 Sebatan!!




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 58 tahun dan 22 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap enam pertuduhan samun bersenjata membabitkan enam mangsa termasuk seorang pensyarah.

Hakim Rihaida Rafie menjatuhkan hukuman itu terhadap Awang Sazri Awang Talip, 26, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kesemua pertuduhan samun itu semalam membabitkan kerugian RM21,100.


Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan manakala bagi pertuduhan kelima dan keenam masing-masing sembilan tahun dan tiga sebatan.

Bagaimanapun, Awang Sazri hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 22 sebatan selepas hakim memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Jan lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Rihaida berkata fakta kes menunjukkan keseriusan perbuatan tertuduh di tempat awam.

"Oleh itu, mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam daripada kepentingan tertuduh tetapi mahkamah juga mengambil kira pengakuan salah selain tertuduh tiada rekod jenayah lampau," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Awang Sazri didakwa menyamun menggunakan pisau terhadap pembantu klinik Hazlinda Ali, 34, dengan mengambil kad pengenalan, lesen, dua kad ATM, wang RM15 milik mangsa serta komputer riba dan wang tunai RM270 milik Klinik Halina.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap ejen hartanah, Cheng Yi, 47, dengan mengambil wang RM200, sebuah telefon bimbit dan satu kad ATM.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan sekitar Bangsar di sini antara 2.35 petang dan 1.45 petang pada 8 Jan lepas.

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa menyamun wang tunai RM200, sebuah telefon bimbit, sekeping kad bank serta dokumen penting milik pensyarah sebuah universiti tempatan, Loh Sau Cheong, 47, dan menyamun sebuah komputer riba milik pengusaha taska, Norfarhana Zainuddin, 24.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di dua rumah di Jalan Setiakasih 9, Bukit Damansara, Brickfields di sini masing-masing pada 1.45 petang, 26 Nov 2012 dan 6.30 petang, 17 Jan lepas. 

Bagi pertuduhan kelima, dia dituduh menyamun menggunakan pisau sehingga mendatangkan kecederaan kepada tukang perabot warga Nepal, Ghan Bahadur Oli, 38, dan merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM300 milik mangsa di belakang bangunan One Menerung, Bangsar di sini pada 12.50 tengah hari, 10 Dis tahun lepas.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa merampas rantai leher emas milik penuntut, M Jayalakshmi, 23, menggunakan parang menyebabkan mangsa kerugian RM2,500 di Help Residences, Pusat Bandar Bukit Damansara pada 1 petang 10 Dis tahun lepas.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen memohon hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh namun peguam SW Lim memohon agar anak guamnya diberi hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tiga anak dan perlu menanggung keluarga. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top