Habis meroyan puak-puak PR khususnya PAS dengan inisiatif Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri Terengganu dalam membina semula rumah penduduk yang terbakar di Kuala Besut baru-baru ini. Bayangkan dalam 10 hari mangsa kebakaran yang tidak bernasib baik ini akan menerima kembali rumah gantian.
Memang agak luar biasa, namun sekurang-kurangnya PRK yang akan diadakan pada bulan Ramadhan ini membuktikan bahawa kebajikan rakyat tetap terbela. Bukan sekadar janji-janji kosong yang dicanang, tetapi dibuktikan oleh kerajaan Barisan Nasional.
Jangan kata PR tidak pernah membuat projek-projek "SEGERA" apabila berlaku PRK atau PRU.
Antara projek-projek segera yang paling berjaya dan melekat di hati rakyat Malaysia adalah projek batu asas. Macam-macam projek batu asas seperti batu asas lebuhraya rakyat, batu asas jambatan di kelantan, batu asas ladang takyat dan lain-lain. Tidak terkecuali pada PRK di Kuala Besut kali ini.
Bantuan seperti ini tidak perlu dipolitikkan, sebaliknya dijadikan sebagai tanda aras atau contoh kepada bantuan kemanusiaan yang perlu dipraktikkan oleh setiap agensi kerajaan yang terbabit.
Tahniah kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat Negeri yang begitu proaktif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dan adalah menjadi harapan BB serta seluruh rakyat Malaysia agar tindakan proaktif ini tidak bermusim atau kerana bersebabkan PRK yang akan diadakan di Kuala Besut ini.
Apa pun, janji tetap akan ditunaikan, mangsa akan terbela kebajikannya. Tidak hanya sekadar menerima kunjungan dan ungkapan-ungkapan manis yang ditaburkan sehingga akhirnya calon sendiri tidak dibenarkan membuat sidang media lontaran terlebih cakap daripada yang sepatutnya.
Yang Baik Kita Puji dan Bersyukur, Yang Salah Sama-samalah Kita Tegur dan Perbetulkan!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....