Nuffnang

PANAS!! PRK Kuala Besut : Mat Sabu Hina Penduduk Pedalaman!!



Jertih: Bukan meraih simpati untuk mendapat undi sebaliknya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, menghina penduduk Kuala Besut sebagai masyarakat pedalaman yang kuno menyebabkan mereka dibelenggu kesusahan dalam hidup.


Malah, beliau turut melemparkan penghinaan serupa kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Langkap, Ajil, Hulu Besut selain Kuala Besut. Bukan setakat itu, beliau mendakwa sokongan pengundi kawasan itu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) selama ini adalah kerana penduduk di kawasan berkenaan tiada pilihan melainkan terpaksa menagih bantuan daripada parti berkenaan.

“Masyarakat yang kelas pertengahan, orang kelas pertengahan dan pinggir bandar memang mereka kembali kepada pakatan pembangkang, cuma di pedalaman ini (Kuala Besut)... kuno, saya tak salahkan mereka kerana di pedalaman ini selalunya kekurangan maklumat.

“Sebab itulah kita lihat, BN bertahan di DUN Langkap, Ajil, Hulu Besut dan Kuala Besut di kawasan yang taraf hidup masyarakatnya yang rendah itu agak ramai kalau dibandingkan di Marang, Kuala Terengganu, Dungun atau Kuala Nerus,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah di pekan Kuala Besut, di sini, malam, kelmarin.

Dalam ucapannya selama 20 minit itu, Mat Sabu tanpa mempedulikan kesucian Ramadan, turut menyerang peribadi pemimpin BN.

Beliau menjadikan isu pelantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi baru Lembaga Tabung Haji (TH) baru sebagai modal kempen dengan mendakwa Ahli Parlimen Baling itu hanya bertaraf ‘jurujual kereta’.

Beliau turut mempertikaikan pelantikan oleh kerajaan itu kerana Abdul Azeez dianggap tidak layak berada pada kedudukan berkenaan dengan memimpin organisasi seperti Tabung Haji.

“Saya terima panggilan daripada pemimpin UMNO, kata abang Mat, orang UMNO amat-amat kesal sekarang ini, lantik Pengerusi Tabung Haji orang yang hanya bertaraf jual kereta... dia kata tolong bagi tahu rakyat Besut, menangkan pakatan pembangkang,” katanya dalam ceramah berkenaan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top