
BERITA BAIK : Perumahan Khas Buat Golongan Muda!!

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan perumahan khas untuk golongan muda yang baru bekerja di Kuala Lumpur, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, beberapa kawasan dikenal pasti untuk penempatan itu, antaranya di Keramat, Bukit Bintang, Kampung Kerinchi, Sentul, Hartamas, Bukit Kiara dan Segambut.
"Kementerian menyedari masalah golongan muda yang sukar mendapatkan rumah sewa berdekatan tempat kerja, dan terpaksa berulang-alik berjam-jam lamanya.
"Kita tidak mahu timbul mental stres dalam kalangan mereka kerana masalah ini,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.
Beliau berkata, perumahan khas atau ’council home’ yang akan dimiliki dan diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu juga bakal dibina berdekatan kemudahan pengangkutan awam. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



pasaran saham as dalam zon merah dow jones 0 4 nas...

claims sarawak seeks stake in ambank mere speculat...

high court rules it has jurisdiction to hear lawsu...

precious metal recovery services malaysia a great ...

macc economy ministry to set up special task force

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....