Nuffnang

PARLIMEN BELIA PLATFORM TERBAIK UNTUK ORANG MUDA

KUCHING - Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persidangan percubaan bagi menguji pelaksanaan Parlimen Belia pada April ini, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata persidangan itu akan melibatkan pemimpin belia yang dipilih dari setiap kawasan Parlimen.






"(Melalui persidangan percubaan) ini kita hendak memperhalusi lagi (Parlimen Belia ini) dari segi perintah tetap, dari segi konsep, apakah bidang yang mereka buat, apakah bentuk jawatankuasa Parlimen dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang turut hadir pada mesyuarat itu.
    
Penubuhan Parlimen Belia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan sejuta belia di Putrajaya tahun lepas, bertujuan memberi peluang kepada golongan belia bersuara atau menyampaikan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara mengikut saluran yang betul.

Ahmad Shabery berkata hasil yang diperoleh daripada persidangan percubaan itu nanti akan turut dijadikan asas sebelum pelaksanaan Parlimen Belia yang dijangka hujung tahun ini.

Mengenai sambutan Hari Belia tahun ini, beliau berkata kementerian telah menetapkan sasaran untuk mengumpul dua juta orang belia dari seluruh negara di Putrajaya  untuk sambutan yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei.

"Kita akan bekerjasama rapat lagi dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk membawa lebih ramai lagi para belia dari kedua-dua negeri untuk sama-sama menyertai sambutan ini," katanya.- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top