Nuffnang

2012 TAHUN KEBANGKITAN LIVERPOOL

LONDON: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish yakin kejayaan menjulang Piala Liga bakal menjadi titik tolak buat anak buahnya memenangi kejuaraan lebih gah pada aksi pertama di Wembley dalam tempoh 16 tahun esok.





Selepas lebih setahun di Anfield, Dalglish melihat perkembangan skuad bimbingannya dan kini cuba menjinakkan Cardiff untuk meraih kejuaraan pertama.

Sudah enam tahun berlalu sejak Liverpool kali terakhir memenangi Piala FA pada 2006 selepas menewaskan West Ham di Cardiff dan kelab itu tidak pernah layak ke final di Wembley sejak 1996.

Pertemuan menentang lawan dari Liga Kejuaraan itu turut dianggapnya hadiah buat penyokong setia selepas Manchester United mendominasi saingan dan dilabel pasukan paling berjaya dalam bola sepak England.

“Pencapaian ini amat bermakna buat saya tapi lebih penting ia menggembirakan penyokong yang tetap setia meskipun sudah lama kami tidak beraksi di Wembley,” kata Dalglish.

“Bagi mereka yang setia bersama kami, ini adalah hadiah untuk kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.” Dalglish puas hati dengan perkembangan Liverpool sejak membimbing kelab itu tahun lalu selepas ketibaan pemilik baru dari AS, Fenway Sports Group.

“Kami berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu. Kami masih bersaing merebut Piala FA dan beraksi di final Piala Liga selain hanya ketinggalan empat mata di belakang pasukan tangga keempat.

“Inilah perkembangan positif yang berjaya kami lakukan. Bagi pemain, final ini bukti kesungguhan mereka dan semua pasti menanti hasilnya.

“Kami kini memiliki peluang dan akan cuba meningkatkan lagi pencapaian di masa akan datang.” - AFP



BB : YOU'LL NEVER WALK ALONE
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top