Nuffnang

GOPOH : Tun Daim Selar Pemimpin Muda Pakatan Harapan!!!


Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata terdapat golongan yang gopoh dan tidak sabar dalam pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) dan mengkritik keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun untuk kebaikan gabungan itu.

Bagaimanapun Daim berkata Anwar tidak tergolong dalam mereka yang gopoh itu.

“Kadang-kadang dalam mana-mana parti politik terdapat mereka yang tidak sabar. Mereka yang gopoh, bukan Anwar. Anwar faham keadaan politik sangat jelas.

"Pemuda yang terburu-buru. Seperti kebanyakan orang muda mereka terburu-buru,” katanya pada sidang media di Menara Ilham hari ini.

Daim turut memuji Anwar yang menyatakan sokongan terhadap Mahathir yang kini sedang giat melaksanakan perubahan sistem seperti yang termaktub dalam manifesto PH.

“Saya mengatakan bahawa saya bertemu Anwar beberapa kali dan Anwar ialah seorang ahli politik sangat berpengalaman dan dia mengetahui selok-belok politik dengan begitu baik.

"Beliau tahu apa manifesto dan Harapan itu menawarkan Mahathir sebagai perdana menteri sementara selama dua tahun dan rakyat menerima,” katanya.

Anwar, dua hari lalu memberi peringatan kepada Daim bahawa walaupun bekas Menteri Kewangan itu boleh menyumbang kepada Pakatan Harapan dan kerajaan baharu namun pada masa sama, beliau perlu berhati-hati.

Hal ini kerana, menurut Ketua Umum Pakatan Harapan yang baru dibebaskan dari penjara dan diberikan pengampunan tanpa syarat itu, wujud kegelisahan terhadap penglibatan Daim dalam skandal terdahulu.

“Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tetapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad pada Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri).

“Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam,” kata Anwar seperti dipetik daripada laporan wawancara beliau dengan media.

Sebelum itu, Daim mengingatkan kerajaan untuk tidak melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri serta-merta, sebaik bekas timbalan perdana menteri itu kembali ke Parlimen.

Beliau yang juga bekas Menteri Kewangan itu berkata, tindakan untuk menukar perdana menteri sekarang adalah sesuatu yang tidak bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. Anwar br bebas beberapa hr je bg dia rilek lu jumpa anak bini n famili...lps tu siap lah kau Daim.. Anwar ada byk ceramah psl kau.. Anwar kalau dlm kjaan tak sehebat bila dia diluar kjaan..Dulu waktu paklah bebaskan anwar pun camtu gak..hehe.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top