Nuffnang

POLITICAL MASTER : PM Arah Penjawat Awam Berani Nyatakan Kebenaran

Berani menyatakan kebenaran kepada 'tuan politik' (political master) merupakan antara intipati dalam senarai panjang arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Intipati itu adalah hasil Mesyuarat Khas bersama KSU Kementerian pada 14 Mei 2018 dan ketua-ketua setiausaha sudah menyampaikan arahan berkenaan kepada kementerian masing-masing.

Salah satu dokumen berkenaan yang dikeluarkan untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan arahan itu disahkan oleh pegawai KPDNKK.

Ketua setiausaha untuk kementerian lain, yang enggan didedahkan, turut mengesahkan bahawa kandungan arahan berkenaan adalah hasil daripada mesyuarat dengan Dr Mahathir Isnin lalu.

Dokumen yang ditujukan kepada KPDNKK itu yang bertajuk 'Intipati Mesyuarat Khas YAB PM Bersama KSU Kementerian', antaranya tertulis: "Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master".

Berdasarkan dokumen itu, mesyuarat itu turut membangkitkan bahawa terdapat keyakinan rendah di kalangan rakyat terhadap penjawat awam dan penyandang jawatan pengarah jabatan masing-masing perlu mengatasi persepsi berkenaan.

Berikut merupakan antara arahan yang digariskan:

  • Perdana Menteri mengarah setiap penjawat awam perlu melaksanakan semua arahan yang diberi;
  • Setiap penjawat awam perlu patuh government of the day dan lupakan program yang telah dirancang oleh pemimpin sebelum ini;
  • Semua program/ arahan cetusan idea pemimpin sebelum ini yang belum dilaksanakan perlu ditangguhkan; Program KRIM 2.0 dan PJSR tidak diteruskan lagi;
  • Kepercayaan terhadap penjawat awam terlalu rendah pada pandangan masyarakat. Oleh itu, Pengarah Bahagian dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini;
  • Kontrak-kontrak secara direct nego perlu diberhentikan;
  • Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master;
  • Isu-isu yang kontroversi melibatkan pemimpin politik perlu dirujuk kepada KSU terlebih dahulu;
  • Semua pegawai lantikan menteri sebelum ini perlu ditamatkan kecuali kontrak PEK yang memerlukan pandangan dan nasihat daripada menteri baharu;
  • Perbelanjaan perlu dilaksanakan secara berhemah. Tidak perlu menghabiskan peruntukan yang diberikan serta sentiasa mengikut tatacara kewangan sedia ada;
  • Penjawat awam perlu lebih berintegriti dan bertanggungjawab serta berfikiran positif;
  • Kerajaan akan melaksanakan subsidi petroleum secara bersasar;
  • YAB PM/YB Menteri akan melawat ke setiap Agensi. Setiap Agensi perlu membuat persediaan bagi menyampaikan taklimat dan mengemukakan hala tuju baharu kepada YB Menteri.
  • Setiap agensi perlu mengkaji semula polisi-polisi sedia ada termasuk Akta Koperasi 1993;
  • Pegawai-pegawai yang bermasalah perlu diambil tindakan segera (pastikan Jawatankuasa Tatatertib tidak melibatkan Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri);
  • Tiada lagi pengambilan baharu penjawat awam;
  • Logo 1 Malaysia yang terdapat pada baju korporat, sijil dan lain-lain tidak boleh digunakan lagi;
  • GST bagi fi/bayaran atas perkhidmatan yang dikenakan oleh SKM perlu ditangguhkan;
  • Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM dan Jawatankuasa yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri perlu ditangguhkan;
  • Pengarah-Pengarah Negeri perlu mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar / Ketua Menteri masing-masing terutama Kerajaan yang selari dengan Kerajaan Pusat.
  • Semua gambar pemimpin sebelum ini perlu ditukar serta merta.
  • Semua mesyuarat dan program MPKP dan MPKN ditangguhkan.
  • Pengarah Bahagian dan Negeri dilarang bercuti sehingga kabinet dilantik sepenuhnya;
  • Perlu berjumpa KSU terlebih dahulu sebelum berjumpa YB Menteri bagi sebarang perkara;
  • Hari Koperasi Negara tidak lagi diadakan. Mesyuarat bersetuju supaya menggalakkan YB Menteri untuk melawat koperasi-koperasi di negeri tanpa protokol yang berlebihan;
  • Pengarah Negeri perlu memanggil PEK dengan segera untuk mengarahkan mereka mematuhi Perintah Am dan pekeliling perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana kakitangan SKM yang lain;
  • Kebersihan pejabat perlu dipertingkatkan dan ruangan pejabat yang kosong perlu diambil tindakan sewajarnya;
  • Polisi luar negara sedia ada akan diteruskan;
  • Ucapan salam hanya Assalamualaikum atau Salam sejahtera sahaja. Tidak lagi menggunakan frasa Salam 1Malaysia, Salam Negaraku dan Salam Negaraku Malaysia; dan
  • Tidak menggunakan pin 1Malaysia dan Negaraku
SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top