Nuffnang

KANTOI!!! Putar Belit Mukhriz Makan Diri!!!


Apa sudah jadi dengan "bakal Perdana Menteri" yang juga merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri ini? Hanya sekelip mata saja putar belit dan autanya berjaya dipatahkan kerajaan? Sungguh memalukan!

PEJABAT Perdana Menteri semalam menafikan bahawa Barisan Nasional mengupah firma data raya dan perunding politik Cambridge Analytica untuk menjalankan kempen pilihan rayanya.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyebut, firma berkenaan bagaimanapun mengesahkan bahawa ia memberi khidmat nasihat kepada Mukhriz Mahathir semasa pilihan raya umum 2013.

Bekas menteri besar Kedah itu masih bersama parti BN pada waktu itu dan merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Cambridge Analytica atau syarikat induknya SCL Group tidak pernah – kini atau pada masa lalu – dikontrak, digaji atau dibayar dengan apa cara sekalipun oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana bahagian kerajaan Malaysia.

"Bagaimanapun, wakil SCL Group (Malaysia) mengesahkan hari ini kepada kerajaan bahawa khidmat nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 disediakan secara peribadi untuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM (Bersatu).

“Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan secara terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan kepada BN atau kerajaan,” kenyataan itu dipetik.

Seorang pengarah SCL Group, Azrin Zizal pada Mac tahun lalu dilaporkan menafikan bahawa firma tersebut diupah oleh BN untuk pilihan raya umum ke-14.

Mukhriz ketika dihubungi mengesahkan bahawa Azrin berkhidmat dengannya sebagai pegawai media ketika beliau masih menjadi timbalan menteri.

Bagaimanapun, Azrin tidak berkhidmat dengannya ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah antara 2013 hingga 2016, tegas Mukhriz.


“Azrin kerja dengan saya sebagai Pegawai Media antara 2009-2013 sewaktu saya di MITI, dan tidak sewaktu saya MB Kedah,” katanya.

Dalam satu kenyataan terdahulu hari ini, Mukhriz berkata beliau juga tidak tahu menahu mengenai pembabitan firma berkenaan dalam kempen BN semasa pilihan raya umum 2013.

Tegasnya, segala kemenangan yang diraih oleh BN Kedah dalam pilihan raya tersebut adalah atas usaha pasukan parti pimpinannya.

"Saya tak pernah kenal dan tak pernah terlibat pun dengan Cambridge Analytica (CA) ini. Bila berita itu mula dilaporkan, barulah saya dapat tahu mengenai nama syarikat itu dan kononnya dia mengaku yang dia pernah buat kerja untuk BN di Kedah.

"Masa itu saya mengetuai jentera pilihan raya BN Kedah. Masa PRU13 lepas, kemenangan kami adalah (hasil) strategi dan taktik yang kami pakai untuk tewaskan kerajaan PAS ketika itu tapi tak pernah sekali pun kami dihubungi oleh CA ini,” katanya.

KENYATAAN AZRIN ZIZAL

21 Mac 2018

1. Kenyataan Mukhriz Mahathir semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica untuk kempen Kedah pada tahun 2013 adalah satu penipuan yang jelas.

2. Mukhriz berkata saya hanyalah pegawai medianya sehingga tahun 2013 dan saya tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi Ketua Menteri Kedah. Tetapi ini sebenarnya adalah palsu. Saya bekerja untuk Mukhriz secara peribadi dan memberikan nasihat strategi dan komunikasi kepadanya sehingga 2015, termasuklah semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu semasa beliau menjadi Ketua Menteri. Saya akan memberikan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.

3. Mungkin – sementara Mukhriz terus menafikan kerja yang saya lakukan untuknya dan menafikan manfaat yang diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan kepadanya dari Cambridge Analytica/SCL Group untuk Kedah pada pilihan raya umum 2013 – beliau juga akan menafikan Kedah memenangi tambahan enam kerusi parlimen, memenangi negeri itu dan beliau menjadi Ketua Menteri?

4. Mukhriz juga berkata Cambridge Analytica bekerja untuk Barisan Nasional. Ini sekali lagi tidak benar. Cambridge Analytica atau syarikat induknya SCL Group tidak pernah bekerja untuk atau dibayar oleh BN atau mana-mana bahagian Kerajaan Malaysia. Nasihat pilihan raya 2013 untuk Kedah disediakan kepada Mukhriz secara peribadi.

5. Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti sengaja memutarbelitkan fakta-fakta untuk menyelamatkan dirinya sendiri, dan mengakui perkara sebenar.

- Azrin Zizal
Share this article

1 Komen:

  1. Anak didik Alfonsos Nicolas, former Jesuit superior general, when mm jr attended Sophia university Tokyo. tolak orang ini. agenda jesuit dan socialist.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top