Nuffnang

POPULIS : Manifesto PH Ditempelak Firma Antarabangsa!!!


Penilaian ini bukanlah dibuat oleh firma atau organisasi di bawah Barisan Nasional, tetapi sebuah firma penyelidikan antarabangsa yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam penyelidikan dan analisis terkenal, BMI Research. Firma antarabangsa itu menganggap manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pakatan pembangkang boleh memudaratkan ekonomi Malaysia jika dilaksanakan.

Firma di bawah kumpulan Fitch itu berkata, sukar untuk pakatan pembangkang melaksanakan manifesto terbabit kerana kebanyakan janji ditabur berbentuk populis yang menyasarkan kepada rungutan orang ramai terhadap kerajaan.

Firma itu berkata, manifesto itu tidak realistik walaupun janji ditaburkan agak popular menyebabkan kredibiliti pakatan pembangkang boleh dipersoalkan.

"Mengambil kira cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyumbang kepada 17 peratus pendapatan kerajaan dan berkembang daripada 13.7 peratus pada suku kedua 2015, penghapusan GST boleh menyebabkan kemerosotan kepada perolehan negara," katanya.

Katanya, meningkatkan bayaran subsidi juga memberikan tekanan tambahan dengan pecahan subsidi menurun kepada 5.3 peratus daripada keseluruhan suku ketiga tahun lalu berbanding 16.8 peratus pada suku kedua 2010, sebahagian daripada usaha rasionalisasi subsidi diperkenalkan kerajaan bermula 2010.

"Sektor perniagaan tidak akan menerima janji pada manifesto itu terutama terdapat syarikat kecil yang terpaksa bergelut dengan pelaksanaan gaji minimum yang mahu ditingkatkan jumlahnya oleh pakatan pembangkang," katanya.

Jejas Hubungan Dua Negara

Mengambil contoh China sebagai pelabur rakan dagangan terbesar Malaysia, BMI Research berkata, janji pakatan pembangkang untuk menyemak semula kontrak bagi projek infrastruktur berskala besar boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

"Jika siasatan terperinci berhubung projek mega dibiayai dana asing dilakukan, ia bukan saja menyebabkan ketegangan dengan China, malah masyarakat Cina yang menyokong DAP selama ini akan berasa terpinggir kerana mereka juga berpihak kepada Beijing," katanya.

BMI Research berkata, pembangkang yang semakin gagal boleh menjadi lebih baik jika ia hanya menumpukan kepada pembaharuan institusi didakwanya sudah memberikan khidmat dalam dua pilihan raya umum lalu.


"Bagaimanapun, kami percaya pelaksanaan pelbagai pembaharuan ini adalah sangat mencabar kerana kebanyakan sistem yang ingin diubah itu sudah dilaksanakan (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top