Nuffnang

KAJI SELIDIK : BN Menang PRU 14 Dan Kekal Tadbir Negara!!


Barisan Nasional (BN) dijangka menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut kaji selidik 'Respons Rakyat' yang dijalankan Bernama Radio baru-baru ini.

Kaji selidik yang dilaksana pada Februari dan Mac itu menunjukkan parti yang dijangka memenangi pilihan raya itu, Barisan Nasional mendahului dengan 37 peratus diikuti Pakatan Harapan (32 peratus) dan tidak pasti (31 peratus).

Sebanyak 44.2 peratus responden menyatakan ciri-ciri parti politik yang disokong adalah mereka yang mampu memelihara agama, bangsa dan negara.

Jujur, amanah dan bersih daripada rasuah adalah kriteria utama responden dalam memilih calon pilihan raya dengan kajian itu mendapati 54.4 peratus responden mahukan calon sedemikian manakala 35.8 responden mahukan calon yang berjiwa dan mesra rakyat serta turun padang.

Kajian itu membabitkan 1,050 responden daripada pelbagai peringkat umur yang layak mengundi, jantina, kaum, penduduk bandar dan luar bandar serta pelbagai latar belakang pekerjaan.

Menurut kajian itu, faktor penentu dalam mengundi calon pilihan raya, 33.8 peratus responden memilih parti politik berbanding personaliti calon (26.7 peratus).

Mengenai pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), 45 peratus responden sangat setuju dan berharap ia diteruskan kerana mampu mengurangkan kos sara hidup.

BR1M diperkenalkan kerajaan sejak 2012 antaranya bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan membantu meringankan bebanan kos sara hidup golongan tersebut.

Penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900), serta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Sama ada 'berita' yang disiarkan media sosial boleh mempengaruhi mereka dalam membuat pilihan pada PRU14 nanti, 47 peratus responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Share this article

1 Komen:

  1. PRU14 ini ujian paling getir bagi semua yang terlibat, secara langsung mahupun tidak...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top