Nuffnang

PRU 14 : Petanda Parlimen Mungkin Dibubarkan Dalam Masa Terdekat!!


Kelibat Perdana Menteri (PM), Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menterinya selesai menjelajah negeri seluruh negara petanda awal Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, semakin hampir.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, PAS Terengganu menjangkakan Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada 5 April depan.

Beliau berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan pengalaman pilihan raya sebelum ini apabila semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) selesai melawat negeri-negeri.

“Saya jangka 5 April depan Parlimen akan dibubarkan. Perdana Menteri, (Najib Razak) Timbalan Perdana Menteri (Zahid Hamidi) dan Menteri-menteri khususnya di Terengganu ini mereka semua telah hadir (datang) dan kebiasaannya dekat pilihan raya mereka datang. Ini menandakan pilihan raya sangat hampir,”.

Namun begitu, PARLIMEN mungkin dibubarkan lebih awal iaitu pada akhir Mac atau awal April bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan, menurut laporan Berita Harian.

Memetik daripada sumber, akhbar pro kerajaan itu berkata pembubaran awal Parlimen berdasarkan kepada pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan pada 29 Mac tapi diawalkan.

Sumber itu berkata Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat seawal 19 Mac atau selewat-lewatnya pada 26 Mac ini.

Katanya, pembentangan usul akan dilakukan selepas berakhir perbahasan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Seorang lagi sumber memberitahu, sempadan bahagian pilihan raya baharu akan berkuat kuasa apabila Parlimen dibubarkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Perintah Persempadanan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ronald Kiandee berkata selepas usul persempadanan semula diluluskan ia tidak akan melalui Dewan Negara.

“Perdana Menteri Najib Razak akan membawanya terus kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.”

Beliau berkata usul itu perlu dibahas dan diluluskan dengan majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 ahli Parlimen.

Persidangan penggal keenam Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 20 hari dan berakhir 5 April ini.

Parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa termasuk ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan. Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan, undang-undang atau Peraturan Urusan Mesyuarat Parlimen yang menghalang Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa.

Sejarah seumpamanya pernah dilakar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pembubaran Parlimen ketika Dewan Rakyat bersidang bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Petunjuk-petunjuk lain adalah seperti pemberian BR1M yang telah bermula, bayaran bantuan awal persekolahan kepada mereka yang layak, faktor cuti persekolahan dan faktor musim perayaan serta puasa andainya dilanjutkan sehingga bulan Mei atau Jun.

Jadi, bersediakah kita? Mampukah Barisan Nasional memperoleh 2/3 kerusi Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan? Atau berjayakah Pakatan Harapan merubah sejarah Malaysia dengan menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua? Siapa pilihan ANDA? 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top