Nuffnang

REALITI : Penang Semakin Nazak Di Bawah DAP!!!


Persoalan utama yang diajukan gadis berkenaan di dalam video bertajuk `Penang, would you hear my story’ telah menjadi tular di media sosial. Rintihan gadis itu yang meluahkan perasaan terhadap perubahan yang telah dibawa Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas 10 tahun memerintah negeri itu menceritakan segala keburukan yang telah berlaku sepanjang pemerintahan DAP di negeri tersebut.

Ini juga sebenarnya tanda tanya besar dalam kalangan majoriti penduduk Pulau Pinang yang mungkin terkesan menerusi video yang telah dihasilkan gadis berkenaan. Apa yang diperhatikan mereka adalah Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mewarisi dan meneruskan pembangunan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Kerajaan DAP sebenarnya tiada inisiatif untuk membawa perubahan seperti mana yang diperjuangkan mereka sebelum ini dalam 2 pilihan raya umum yang lalu.

Tidak ada pembangunan baharu yang diharapkan mampu merancakkan ekonomi negeri itu untuk dinikmati penduduknya sekali gus meningkatkan taraf hidup atau sekurang-kurangnya menampung beban kos sara hidup mereka. Lebih malang, dasar-dasar yang diperkenal Kerajaan DAP Pulau Pinang pula menambah beban kepada mereka terutama dalam soal pemilikan rumah dan caj utiliti.

Begitu juga dengan sikap mesra pemaju yang menyaksikan pelbagai projek komersial terutama rumah mewah rancak dibina di sebalik keluhan penduduk yang terus bergelut untuk memiliki rumah mampu milik dan kos rendah. Perkembangan ekonomi di negeri ini juga semakin membimbangkan apabila banyak kilang ditutup menyebabkan penduduknya berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan.

Status sebagai sebuah negeri yang selama ini berbangga kerana keunikan alam sekitarnya juga semakin terancam disebabkan kerakusan menceroboh hutan dan menambak laut. Selain itu, kerana kerakusan Kerajaan negeri DAP mengejar kemajuan dan pembangunan bandar, Pulau Pinang juga kini terdedah kepada bencana banjir dan tanah runtuh. Ini adalah antara perkara yang semakin jelas pada pandangan penduduk Pulau Pinang sepanjang 10 tahun di bawah kerajaan DAP.

Jelas di sini Kerajaan DAP tidak dapat menutup realiti sebenar kehidupan di Pulau Pinang yang ketika ini bergelut dengan banyak kepayahan dan masalah. Sepanjang 10 tahun lalu, rakyat Pulau Pinang sebenarnya sudah tertipu dengan janji-janji perubahan yang kononnya mahu dibawakan pembangkang atau lebih tepat DAP.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top