Nuffnang

SYOK SENDIRI : Mahathir Sekolahkan Rafizi!!!


Baru sahaja pagi tadi saya mengulas mengenai rancangan Pengerusi INVOKE Centre, Rafizi Ramli, yang sedang giat menyebarkan surat jemputan kepada rakan-rakan beliau supaya menghadiri majlis kutipan dana RM5 juta bagi menampung perbelanjaan tinggi INVOKE Centre.

Selepas itu, tiba-tiba sahaja lokasi dan tarikh majlis ini, yang asalnya ditetap untuk diadakan di L Motichan Bangsar, 24, Jalan Telawi 9, Bangsar, pada 18 November, diumumkan oleh Rafizi akan diadakan di ruang legar kompleks membeli belah Summit USJ, Subang Jaya, pada 19 November pula.

Begitu juga dengan bilangan wakil rakyat dan calon-calon prospektif Pakatan Harapan (PH) yang akan membuat pengisytiharan harta, selain menandatangani perjanjian untuk membayar RM20 juta jika mereka meninggalkan parti mereka, yang telah bertambah dari 20 orang menjadi 30 orang.

Saya sebutkan betapa tindakan Rafizi ini, selain menjadi lambang sikap ego beliau di dalam menanggapi kehebatan beliau berbanding para pemimpin PH lain, adalah mendahului dan mengambilalih peranan PH sehingga ke tahap membakulsampahkan Perjanjian PH sendiri.

Petang ini, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media beliau di Parlimen, berkata bahawa PH tidak membincangkan isu pengisytiharan harta, yang tentulah sahaja merangkumi isu penandatanganan perjanjian untuk membayar RM20 juta jika calon meninggalkan parti.

Tun Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, dipetik oleh beberapa portal berita sebagai berkata: “Itu soal INVOKE. Dia (INVOKE) yang buat pengisytiharan. Kita (PH) tidak tahu apa-apa. Kita (PH) ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat (oleh) Majlis Presiden.”

Maka, dengan penegasan Tun Dr Mahathir ini, ternyatalah benar telahan saya bahawa Rafizi memang memandai-mandai dengan mendahului dan mengambilalih peranan PH serta bahawa Rafizi dan INVOKE Centre memang tidak diiktiraf dan tidak diinstitusikan di bawah PH sendiri.

Tiba-tiba saja saya teringat satu laporan akhbar Sinar Harian yang memetik Rafizi, Pengerusi INVOKE Centre, mengumumkan hasil kaji selidik bahawa Rafizi, Naib Presiden PKR, berjaya mengungguli kedudukan teratas dalam senarai pemimpin PKR sebagai calon Perdana Menteri pilihan.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian itu, “Rafizi (10.7 peratus) jauh meninggalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (4.5 peratus), Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (3.5 peratus) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (2.6 peratus)”.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top