Nuffnang

SESAT DAN MENYESATKAN : Siti Kassim Pertahan Majikan Larang Wanita Bertudung!!!


Golongan majikan bebas untuk menentukan peraturan tidak mengambil perempuan bertudung bekerja dengan mereka, tegas peguam kontroversi Siti Kasim.


Siti Kasim berkata, “Sebanyak mana umat Islam mempunyai kebebasan untuk memakai tudung, mana-mana majikan juga mempunyai kebebasan untuk mengambil pekerja dan menentukan peraturan sewajarnya. Begitulah yang saya lihat.”

Baru-baru ini umat Islam Malaysia meluahkan ketidakpuasan hati mereka dan mahu melancarkan kempen boikot  kerana kecewa dengan tindakan para pengusaha hotel yang bertegas untuk kekal enggan menggajikan golongan Muslimah yang bertudung kononnya atas alasan sudah menjadi polisi perhotelan di seluruh dunia.

Menurut Siti Kasim, “Bagi mereka yang rasa polisi ini akan menyingkirkan Melayu Muslim, fikirkan sebegini, tiada undang-undang negara ini yang mengatakan bahawa semua perempuan Muslim wajib memakai tudung. Tidak ada. Kosong.”

“Sekiranya Melayu Muslim dipaksa oleh undang-undang untuk memakai tudung, barulah ini dikira sebagai diskriminasi kerana tiada pilihan bagi mereka.”

“Jadi, pemakaian tudung adalah pilihan diri sendiri. Sama ada dengan kehendak diri sendiri atau kerana tekanan daripada luar, masih lagi pilihan mereka sendiri. Jadi, itu adalah pilihan mereka.”

“Peraturan untuk tidak mengambil perempuan bertudung adalah milik syarikat. Itu hak prerogatif mereka,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, Siti Kasim pernah mendakwa bahawa terdapat golongan yang memanipulasi maksud al-Quran bagi mewajibkan golongan wanita untuk menutup keseluruhan tubuh mereka sedangkan tiada perintah sedemikian wujud dalam al-Quran.

“Tidak ada sebarang perkataan dalam al-Quran yang memerintahkan golongan wanita untuk menutup keseluruhan tubuh mereka.”

“Mereka yang mendakyahkan peraturan yang bertentangan dengan Quran ini gagal menjumpai mana-mana perkataan dalam al-Quran sebagai hujah bagi sifat ekstrim ini, jadi mereka manipulasi pelbagai perkataan dalam 24:31 dan 33:59 sebagai hujah bagi menyokong pendustaan ini,” dakwanya lagi.
Share this article

8 Komen:

  1. Ustaz Zamihan dan Ustaz MAZA boleh ambil inisiatif berdakwah pada si minah tak sihat otak. Akidah dia nie perlu diperbaiki.

    BalasPadam
  2. ada tak hotel milik org islam yg searaf hilton?

    BalasPadam
  3. Dunia Syurga Untuk Orang Kafir
    Akhirat Syurga Abadi Mebu ggu Bagi Orang2 Yang Beriman

    BalasPadam
  4. Hotel international yg mahu beroperasi di negara ini perlu patuhi undang2 dan peraturan di sini. Jika tidak, lesen dan permit patut dibatalkan. Selain itu tindakan boykot hendaklah diambil.

    BalasPadam
  5. kalau ikut kata 'minah tu'.. kalau pekerja nk bebas pakai tudung, majikan pun bebas nk ambil pekerja atau tak.. Jadi 'kerajaan' pun bebas jugak lh nk bagi lesen atau tidak kepada majikan..

    BalasPadam
  6. Klu pasal Islam ada je yg pertikai...yg ngaku Islam plk tu.

    BalasPadam
  7. Peguam tu tp psl apa bngng ye..dia muslim kan knp jd mcm tu..hbs dia solat x tutup auratke?

    BalasPadam
  8. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyaratan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biaya pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mohammadismali234@gmail.com
    dan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top