Nuffnang

MENGHINA DAN MENGELIRUKAN : Siti Kasim Disiasat JAKIM


Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0.

Beliau menjawab soalan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top