Nuffnang

KEDAULATAN NEGARA : KJ Kecam PM Singapura!!!


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengecam komen perdana menteri Singapura yang mengaitkan usaha Malaysia untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Pedra Branca, atau juga dikenali Pulau Batu Puteh, kepada republik itu.

“Memang mudah untuk meraih sokongan politik dengan membuat tuduhan kepada negara lain seperti mana yang dibuat Lee Hsien Loong dengan kenyataan beliau ini yang dibuat semasa konvensyen parti PAP.

“Namun tidak seperti beliau, Malaysia memandang serius isu kedaulatan sepanjang masa dan bukan semata-mata untuk meraih sokongan semasa pilihan raya atau konvensyen politik sahaja,” kata Khairy dalam kenyataan.
Advertisement

Semalam, Lee dalam ucapannya di kongres PAP melahirkan rasa pelik dengan keputusan Putrajaya mencabar keputusan 2008 itu, di mana Singapura diisytiharkan pemilik pulau itu.

“Saya sangka isu itu sudah pun diselesaikan tidak lama dulu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008, yang memberikan Pedra Branca kepada Singapura. Tetapi hampir sedekad kemudian, Malaysia ke ICJ lagi memohon mahkamah memberi menyemak semula keputusan itu.

“Saya tidak pasti apa motif Malaysia, tetapi pilihan raya umum mereka sedang hampir, dan mungkin ia ada kaitan,” katanya.

Khairy berkata komen Lee itu merupakan “tuduhan tidak bertanggungjawab yang boleh merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura”.

Pada 2 Februari 2017, Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan penghakiman ICJ mengenai Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge selepas penemuan 3 dokumen oleh Malaysia dalam simpanan arkib di Britain bagi menyokong tuntutannya.

Khairy berkata tempoh masa antara penemuan dokumen itu pada Ogos 2016 dan pemfailan di mahkamah pada tahun ini adalah 6 bulan.

“Permohonan ini dan permohonan kedua yang dibuat pada 30 Jun 2017 untuk pentafsiran penghakiman bukan dibuat secara sambil lewa tanpa asas yang kukuh,” katanya.

“Sebagai peringatan, Parlimen Malaysia masih belum dibubarkan sehingga hari ini, lebih setahun dari tarikh penemuan fakta baharu tersebut,” kata Khairy.

Share this article

1 Komen:

  1. Takkan pulau batu putih je.
    Pulau singapura tak nak tuntut ke.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top