Nuffnang

TAULIAH AGAMA : Adakah Ziril Khir Cuba Melacurkan Agama Demi Survival Politik?

“Penggunaan tauliah sebagai alat kuku besi harus dihentikan dan peruntukan undang-undang perlu dikaji semula kerana tidak jelas dan terlalu mudah disalahgunakan. Pendekatan ini juga seolah-olah menganggap semua Muslim sebagai orang bodoh yang senang keliru,” 
Zairil Khir Johari, Penolong Setiausaha Publisiti DAP.


Menjawab kenyataan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata peraturan itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang anasir dan unsur luar yang boleh mengganggu gugat kedaulatan dan kestabilan masyarakat, terutama berkait fahaman yang menyeleweng.

"Saya tidak nampak apa-apa yang bertentangan dengan prinsip wasatiyyah apabila kita cuba menjustifikasikan tindakan yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara kita.

"Wasatiyyah bukan bermaksud liberal dan kesederhanaan tanpa hala tujuan. Tetapi yang disebut dalam al-Quran, wasatiyah adalah kecemerlangan, keadilan dan keseimbangaan," katanya menjawab soalan tambahan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Zairil membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan undang-undang berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam yang mungkin boleh disalah guna, susulan penanahan wartawan dan penulis Turki, Mustafa Akyol, dan disifatkan beliau sebagai bertentangan dengan prinsip wasatiyyah.

Beliau juga menyatakan, tiada keperluan juga untuk meminda atau memansuhkan sebarang peraturan undang-undang berkaitan keperluan seseorang individu untuk memohon tauliah mengajar agama Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Asyraf berkata, semua pihak tidak seharusnya berasa kesal dengan peruntukan undang-undang seperti itu, sebaliknya wajib meletakkan asas kestabilan negara sebagai objektif utama.

"Kalau kita mahu memastikan keadilan sentiasa berada dalam negara, kita mesti memastikan keamanan dan kesejahteraan.

"Salah satu peruntukan undang-undang diluluskan Dewan Rakyat ini juga untuk memastikan apa saja unsur dan ajaran ideologi asing yang menyeleweng dan boleh mengganggu gugat struktur asas negara yang berteraskan Islam dan akidah ahli sunah, meletak prinsip wasatiyyah serta Maqasid Syariah sebagai tunjang tidak tidak diganggu gugat," katanya.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemberian tauliah mengajar agama Islam yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah mengambil kira perkara itu.

Mustafa, pada September lalu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun dibebaskan semula selepas JAWI berpuas hati dengan penjelasan diberi.

JAWI ketika ini juga menyediakan perkhidmatan permohonan tauliah mengajar menerusi dalam talian atau e-tauliah, bagi memudahkan urusan pemohon.
Share this article

1 Komen:

  1. Jangan di sebut dia Zairil Khir Johari. Dia cuma anak tiri Khir Johari. Nama dia sebenar ialah CHRISTOPHER ROSS LIM. Cuma berlindung di belakang nama 'melayu' je.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top