Nuffnang

TRAGEDI : 15-20 Orang Dikhuatiri Tertimbus Di Tapak Pembinaaan Di Pulau Pinang


Kira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak JBPM menerima panggilan pada 8.57 pagi dan setiba di tempat kejadian, difahamkan terdapat 15 hingga 20 orang mangsa yang tertimbus di dalam tanah runtuh.


"Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus dalam kecerunan tanah dianggarkan 10 meter dan kita telah memulakan usaha mencari dan menyelamat," katanya.

Setakat 11 pagi, difahamkan dua orang mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

-- DIKEMASKINI







Sehingga jam 12.00 td... 3 mayat telah ditemui.

Share this article

1 Komen:

  1. Hujan x dak,ribut x dak..boleh jadi land slide..kuasa Allah ..tiada siapa menjangka akan terjadi tragedi ini..sabar kepada keluarga mangsa...kepada MBPP...renung2kanlah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top