Nuffnang

SKANDAL TERLARANG : Polis Siasat Pegawai Kanan SPRM


Polis mengesahkan sedang menyiasat video yang memaparkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video tersebut, lapor Sinar Harian.

“Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi.

“Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu,” katanya.

Fuzi juga berkata tiada laporan polis dibuat oleh SPRM.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas di Jabatan Perdana Menteri Datuk Puad Zarkashi berkata video itu taktik memeras ugut pegawai tersebut.

“Saya mengecam mereka yang cuba memfitnah pegawai SPRM itu dengan cerita sensasi itu. Ia dilakukan dengan niat untuk memeras ugut SPRM supaya tidak mengambil tindakan tegas dalam melawan rasuah membabitkan tokoh politik tertentu,”
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top