Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PULAK DAH : Wanita Amanah Mahu Iklan Kadbod Shell Dinaikkan Semula!!!


Kegilaan apakah ini? Yang melarang dan menurunkan tu dah kira ok, tapi sekarang ada pula yang minta pihak Shell naikkan semula iklan kadbod Shell. Mufti pun dah keluarkan fatwa ia haram. Lagi wanita Amanah ni nak tegakkan benang yang basah. Elok la korang semua "dikeluarkan" daripada PAS!!!

Ketua Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud menuduh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman seorang “chauvinist” kerana cuba menyalahkan wanita dalam kontroversi mengenai iklan model kadbod, Nor Shafila Khairusalleh.

Semalam, Zaik berkata seorang wanita Islam tidak sepatutnya menerima tawaran menjadi seorang model untuk iklan Shell itu, dan ini walaupun beliau bertudung.

Siti Mariah mempersoalkan pendirian Zaik sekiranya model tersebut seorang lelaki.

“Apa kata kalau papan iklan itu seorang model lelaki? Bagaimana pula jika wanita yang berpelakuan tidak senonoh meletakkan tangannya di kawasan sulit lelaki?” 

“Saya pasti Isma akan kutuk wanita yang bergaya itu kan?” katanya.

Beliau berkata Zaik sukar memahami model sebagai satu pekerjaan.

“Bila masyarakat kita menerima taraf wanita sama dengan lelaki, maka kita tak boleh menghalang wanita daripada menjawat pekerjaan yang dianggap halal oleh masyarakat.

“Alhamdulillah, kita sudah dapat mendidik masyarakat secara beransur. Kalau dulu model wanita separuh bogel, kini sudah sopan.”

Zaik dalam komennya berkata adalah sifat semulajadi untuk menjadi terangsang melihat wanita, walaupun pemimpin NGO itu tidak memaafkan perbuatan mereka.

Siti Mariah bagaimanapun berkata perkara itu bukan masalah wanita.

“Kalau tak tahan jangan tengok,” balasnya, sambil memetik ayat Al-Quran yang memerintahkan orang beriman “menundukkan pandangan mereka”.

Beliau meminta Shell menaikkan semula iklan kadbod, kerana menganggap menurunkannya tidak menyelesaikan “masalah sebenar”.

“Biar mereka tularkan gaya yang memalukan mereka sendiri. Biar mereka malukan diri sendiri. Ini sebagai pelali kepada lelaki supaya mereka menghormati imej wanita walaupun ia patung dan gambar.

“Kalau kita mengalah setiap kali ada perlakuan lelaki seperti ini, maka kita akan mengambil masa yang lama mendidik kaum lelaki yang sakit otak ini.

“Saya nak cadang sesiapa yang buat perangai tak senonoh ini, kita tularkan gambar mereka. Malukan mereka. Kita pastikan di masa depan tiada lagi perbuatan bodoh ini. Kalau papan iklan pun mereka teruja, maka mereka kena belajar kawal. Hanya lelaki sakit akan cabul papan iklan.”

Salah seorang lelaki yang terlibat dalam pelakuan itu baru-baru ini sudah memohon maaf kepada Shafila dan suaminya.

“Saya dengan rendah diri ingin minta ampun, maaf atas tingkah laku saya terhadap Nur Shafila. Saya minta maaf kepada Syafila terutamanya suami beliau,” kata Shahril Abdul Shukor dalam klip video dimuat naik di internet.

“Kalau perlu berunding, saya akan menghadap Syafila, keluarga Syafila sendiri bersemuka bagi memohon maaf atas tingkah laku ini.”

Siti Mariah berkata Shafila tidak patut malu berkenaan kejadian itu kerana beliau tidak bersalah.

“Kenapa dia mesti rasa malu? Sebab yang tak senonoh ialah lelaki!”

Share this article

1 Komen:

  1. CELAKA lu si rejim2 TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPJuboq BABI/PKRhomo ANJING KURAP/AmanahBANGKAI/madey anak BERANAK BANGSAT RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD - rejim2 ni patut diMAMPOSkan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Kenapa puak si spesis TERORIS PENJAJAH KAFIR HARBI DAPjuboq BABI JIJIK/PKRhomo ANJING KURAP ni - juga sewenangnya diBIAQkan melanggar UNDANG2 PERLEMBAGAAN 3(1); dgn. memPROMOSIkan filem HOMO HARAM JADAH oi?!!! Mana Lembaga PENAPISAN FILEM/JAIPP/FINAS/zah*dKITOL-KD*GAGAL?!!! Apa yg. TAKUT sgt. dgn. puak PENJAJAH PARASIT/LANUN DAPjuboq BABI ni oi?!!!!!!!!!!!!!!!! Pala hotak juga juga; si Kem media LIBERAL tu! SETAN betul!

    Lihat di - https://aidcnews.wordpress.com/2017/07/10/pulau-pinang-raikan-tayangan-filem-gay/

    Pulau Pinang Raikan Tayangan Filem Gay

    July 10, 2017

    (Tok Labu)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top