Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

APA NAK KATA? Anak Ulama Gelar Hj Hadi Jahil!!!


Anak bekas Mursyidul Am PAS, Mujahid Yusof Rawa mendakwa kenyataan Presiden parti Islam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai prosiding saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan kejahilan beliau.

Beliau juga menyifatkan Ahli Parlimen Marang itu dangkal atau mencuba mengalih tumpuan isu sebenar negara.

“Hakikatnya DOJ menggunakan prosedur biasa untuk mendapatkan kembali wang tersebut, sepatutnya, Hadi melihatnya dari sudut pandang positif.

“Saya yakin tiada rakyat Malaysia yang mahukan campur tangan negara asing dalam urusan negara namun bantuan perlu diberikan dalam siasatan seperti kes ini demi menjaga maruah negara,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis

Semalam Hadi mengulangi pendirian menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara serta menyifatkan mereka yang berseteru dengan orang luar sebagai ‘tidak beriman dan budiman’.

Tambahnya Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, para pemimpin seharusnya tegas dalam menangani isu berkenaan.

“Ketegasan ini bukan bermakna kita tunduk kepada DOJ atau kuasa asing tetapi sebagai untuk menyelamatkan kekayaan negara.

“Justeru, negara Malaysia perlu kepimpinan yang bersih dari rasuah, berwawasan, berhati rakyat dan membina semula negara ini dengan semangat yang baru,” kata wakil rakyat PAN itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top