Nuffnang

DEMI MARUAH : Shell "Selamatkan" Gadis Modelnya Dari Terus Dicabul!!!


Kerana perbuatan beberapa lelaki yang meraba poster gadis iklannya, Shell mengarahkan iklan yang memaparkan gadis bertudung itu ditarik balik dari semua stesen mereka berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat minyak itu juga menggesa pengguna Internet untuk tidak lagi menyebarkan imej poster gadis itu yang diubah hingga mempunyai unsur tidak senonoh.

“Kami tidak bersetuju dengan tindakan kurang sopan itu, yang sama sekali dilihat bertentangan dengan budaya Malaysia dan nilai murni Shell,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Shell berkata demikian selepas gambar perbuatan tidak senonoh terhadap poster itu menjadi tular, memaparkan beberapa orang lelaki mencium pipi dan menyentuh dada poster gadis itu.

Model tersebut, Nor Shafila Khairusalleh, 25, mengundang perhatian umum selepas poster realistik beliau ditempatkan di tepi unit pam minyak di stesen Shell.

“Iklan itu akan dikeluarkan dari semua stesen kami berkuat kuasa serta-merta,” kata Shell.

Shafila dilaporkan berkata suaminya turut terkesan dengan perbuatan tidak senonoh itu kerana seolah-olah mencabul maruah isterinya.

Shafile bagaimanapun tidak merancang untuk menyaman mana-mana individu yang tidak senonoh itu.


Hmmm... macam-macam lah rakyat Malaysia ni. Terlalu tinggi imaginasi dan tidak terjangka dek fikiran. Benda yang baik pun boleh diterbalikkan menjadi sebaliknya.

Penulis pun turut simpati dengan nasib Nor Shafila ni. 
Share this article

2 Komen:

  1. Jantan2 PORNO mcm. ni patut diTERAJ*NG sampai MAMPOS aja! GERAM betul aku! TAK berMORAL lansung; bayangkanlah di rumah depa; pasti ini jantan2 PELESIT HARAM JADAH yg. penagih PORNOGRAFI! JIJIKnya BINATANG2 BUAS mcm. ni!

    Tapi aku juga SALAHkan sal**h -terlalu LIBERAL hingga boleh memBIAQkan ASTR* & I-FLI* HOMO Zionis menGANAS dgn. siaran2/filem2 BARAT yg. LUCAH, amat GANAS & pro-HOMO; serta iklan2 LUCAH bebas di kedai2 serta MERATA tpt, termsk. yg. HARAM - ya, budaya LUCAH/PORNO Barat/Zionis telah diNORMALkan oleh Kem mediaBANGANG ni!

    Tok Labu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana POLIS oi?!! Ini jelas PENCABULAN SEKSUAL terhadap WANITA oi!!!!!!!

      Tok Labu.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top