Macam-macam la....Wanita Vietnam yang mendakwa dipaksa memegang kemaluan seorang pemandu Uber berkata, beliau pada mulanya tidak mahu memperbesarkan isu itu sehingga lelaki terbabit menghubungi dan mengganggunya.
The Star melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata wanita itu mendakwa beliau memberitahu suaminya mengenai perkara itu selepas berbincang dengan rakannya.
“Keesokannya, si suami meminta wanita itu menghubungi pemandu Uber tersebut. Apabila pemandu itu tiba, suaminya dan sekumpulan lelaki yang dipercayai rakannya memukul pemandu tersebut.
“Tetapi, pemandu itu menafikan dakwaan wanita itu. Dia mendakwa tidak tahu sebab dia dipukul,” kata Anuar sambil menambah wanita itu turut mendakwa pemandu itu bergambar bersamanya di dalam kereta.
Seorang pemandu Uber dilaporkan cedera di kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam di Paya Terubong, Selasa lalu.
Sementara itu, Bernama melaporkan wanita Vietnam itu bersama 3 lagi lelaki direman 4 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata 3 lelaki berusia 28 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Paya Terubong dan George Town, semalam.
“Tiga lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber berkenaan dan polis percaya, penahanan mereka dapat membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya, telefon bimbit wanita berusia 43 tahun itu sedang dianalisis bagi mendapatkan bukti berhubung dakwaannya dicabul kerana sebelum ini, dia mendakwa merakam kejadian tersebut.
Zainol berkata, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu susulan penahanan 6 lelaki, termasuk yang ditahan pada Rabu lalu kerana terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber tersebut.
Semalam, 3 lelaki termasuk suami wanita Vietnam itu dan pemandu Uber berkenaan direman 4 hari bagi membantu siasatan kes itu.
Pemandu Uber dan wanita Vietnam itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala 6 lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
p/s : Korang percaya? Admin langsung tak percaya!!! Cakap ada rakam, tapi bila minta tunjuk video tiada pula.....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....