Nuffnang

KALAH LAGI : Kes Qazaf Anwar Ditolak Hakim Mahkamah Rayuan Syariah!!!


Mahkamah Rayuan Syariah hari ini, menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantu, Saiful Bukhari Azlan. 

Hakim Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tuduhan liwat tidak terpakai dalam kes qazaf di bawah Seksyen 36 kerana undang-undang di bawah seksyen itu hanya memperuntukkan kes pertuduhan zina. 

"Oleh yang demikian, kami bersetuju terhadap keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam yang telah menolak aduan perayu walaupun alasan penghakiman yang diberikan dalam membuat keputusan adalah kurang tepat atau ada kekhilafan. 

"Selepas kami teliti notis rayuan, alasan rayuan, rekod rayuan, penghujahan perayu, maka kami dengan sebulat suara memutuskan rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 27 Oktober 2016, dikekalkan," katanya. 

Dua lagi panel hakim dalam kes berkenaan ialah Hakim Datuk Aidi Moktar dan Datuk Mukhyuddin Ibrahim. 

Ketika membacakan penghakiman, Md Yusop turut meminta pemerintah dan badan perundangan negeri meminda Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bagi membolehkan seseorang yang menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat, dituduh di mahkamah. 

Oktober lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar menolak permohonan yang sama selepas mahkamah mendapati ia tidak mempunyai bidang kuasa mendengar prosiding membabitkan kesalahan liwat. 

Pada 26 Jun 2015, bekas ketua pembangkang itu memfailkan aduan qazaf di bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR. 

Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan oleh undang-undang.- SUMBER

Dalam pada itu, Anwar ketika ditanya oleh media berhubung calon Perdana Menteri dari Pakatan menjelaskan untuk menamakan calon Perdana Menteri, perlukan konsensus daripada anggota-anggota Pakatan Harapan. 

Berdasarkan kenyataan terbaharu Pengerusi PPBM yang dia mungkin 'terpaksa menimbang' untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi sekiranya rakan-rakan di dalam Pakatan mahukannya, Anwar berkata, "Dia tidak boleh memandai-mandai (membuat keputusan), tetapi Harapan (yang akan membuat keputusan)."

"Orang tidak boleh sukarela (menjadi Perdana Menteri), perlu ada konsensus," katanya lagi kepada portal berita yang menemubualnya ketika Anwar menghadiri pendengaran kes di Mahkamah Shah Alam.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top