Apabila si Melayu menjadi MACAI atau lebih tepat lagi ANJING DAP, maka gelagatnya lebih tertumpu kepada memperlekeh-lekehkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pemimpin sebangsanya. Seboleh mungkin macai atau anjing DAP itu akan berusaha untuk mengambil hati tuannya dengan memperlihatkan betapa hebatnya dia mengeji kaumnya sendiri.
Lapar pujian!!!
Itulah yang dibuktikan oleh ANJING DAP terkenal dari Sarawak, Aziz Isa yang pernah menjadi calon Batu Kitang pada PRN Sarawak yang lalu yang disokong kuat oleh Hew Kuan Yau sebagai Melayu yang menjadi alat untuk skru Melayu.
Dalam usahanya untuk mengambil hati dan mendapat pujian daripada Chong Chien Jen khususnya, Aziz Isa memilih untuk menghina nama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Apabila dicadangkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dinamakan semula sebagai penghormatan kepada bekas Ketua Menteri Sarawak itu, Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen, secara sinis berkata, DUN Sarawak yang mempunyai kuasa seharusnya menamakan semua tempat di Kuching sempena nama Adenan.
"Memandangkan DUN Sarawak sangat berkuasa sehingga melucutkan kelayakan ADUN Pujut, Dr. Ting (Tiong Choon), DUN Sarawak boleh dinamakan semula sebagai DUN Negeri Adenan Satem dengan hanya mata pen sahaja. Mereka juga boleh menamakan semula Bangunan Sultan Iskandar kepada Bangunan Adenan Satem. Tukar Padang Merdeka kepada Padang Adenan Satem, Jalan Tun Openg kepada Jalan Adenan Satem dan Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub kepada Jambatan Adenan Satem. Petrajaya juga boleh dinamakan semula sebagai Adenan Jaya dan Brooke Dockyard boleh dinamakan semula sebagai Adenan Satem. Sekolah lamanya, St. Joseph juga boleh dinamakan sebagai Sekolah Adenan Satem.
"Tidak, saya bukanlah bersikap sarkastik. Saya cuma menambah cadangan YB Idris Buang. Dia mahu menukar nama lapangan terbang kepada Adenan Satem. Jadi, mengapa tidak ditukar kesemuanya."
Ini biadap namanya!
Hendak bersikap sarkastik sekalipun, dia tidak perlu berkelakuan bodoh dan biadap seperti itu. Sekiranya tidak bersetuju dengan cadangan penukaran nama itu, katakan sahaja tidak bersetuju dan tidak perlu membawa isu tentang ADUN DAP yang mempunyai dua kewarganegaraan yang telah dilucutkan kelayakannya oleh DUN Sarawak untuk menunjukkan betapa besarnya kepala DAP yang langsung tidak mahu menghormati undang-undang negara ini supaya mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.
Hanya kerana ADUN Pujut itu dari DAP, status kewarganegaraannya pun sudah tidak penting lagi. Mana-mana warganegara asing pun boleh menjadi ADUN di Malaysia kalau menurut DAP asalkan menyokong DAP. Sokongan Aziz Isa kepada Dr. Ting, membuktikan hakikat tersebut.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....