Nuffnang

FITNAH ISTANA : Chegu Bard Diberi Kata Dua!!!


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dituntut supaya menarik balik kenyataan berbaur fitnah dalam blognya terhadap Istana Selangor jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam satu kenyataan hari ini berkata Badrul Hisham atau dikenali sebagai Che Gubard diberikan tempoh masa sehingga 24 jam.

Artikel berkaitan adalah ‘Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor’ yang dimuatnaik pada 6 Jun lalu di blognya yang mendakwa sebuah surau digunakan sebagai lokasi untuk program jentera pilihan raya PAS.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan boleh mengambil mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa mengikut Akta Fitnah 1957 jika tuntutan tidak dpenuhi.

“MAIS sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu, dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah Jalan Kebun beroperasi sejak 30 Mac lalu.


“Bangunan surau berkenaan kini ditukar fungsinya sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat, dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang dibuka untuk disewa kepada orang ramai untuk mengadakan program bagi menampung kos operasi masjid,” kata beliau, Khamis.

Tambahnya lagi dakwaan penulis blog itu bahawa pihak Istana Selangor bersikap berat sebelah dan terbabit dengan politik kepartian adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan berbaur fitnah.

“Pada masa yang sama, umat Islam di Selangor dinasihatkan menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, bagi mengelakkan perbalahan antara masyarakat Islam terutama ketika sedang menjalani ibadat puasa,” kata Mohamad Adzib.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top