Nuffnang

PANASSS!!! Kelemahan Jentera PKR "Ditelanjangkan" Blogger PAS


Setelah lama PAS tidur sebantal dengan sekutu dalam Pakatan Harapan, akhirnya secara rasmi mereka bercerai jua. Kesannya, kalau tidak banyak, sedikit hal-hal "dalaman" sewaktu bersama dulu terkeluar juga samada secara sedar atau tidak. Dan itulah yang berlaku.
Sejak akhir-akhir ini, minat pulak baca hasil tulisan blogger PAS terutamanya Lebai AKA Haji Hassan Omar (http://hajihassanomar.blogspot.my/) yang mendedahkan kelemahan jentera PKR yang selama ini menjadi parasit dan mempergunakan PAS untuk berkuasa.
Untuk mudah pembaca memahami maksud putus tahaluf siyasi dengan PKR ialah jentera pilihanraya PAS tidak lagi membantu PKR dalam menghadapi PRU-14 nanti. Jentera Pilihanraya PKR (kalau ada) juga tidak akan membantu PAS dalam PRU-14 nanti. Masing-masing akan menentang BN dengan Jentera masing-masing.
Ini bermakan pekerja, penyokong, ahli PAS tidak lagi membantu memasang bendera untuk PKR. Mengerakkan sebarang risalah untuk PKR. Malah ada sesetengah bilik Gerakan PKR pun dipenuhi oleh ahli PAS untuk membuat kerja membantu calon-calon PKR.
Membuat culaan dan mengatur strategi lawatan rumah ke rumah bagi calon PKR serta ceramah kelompok.
Banyak lagi kalau lebai nak tulis, tapi itu sudah memadai. Dulu ada lebai dengar cerita Shamsul Iskandar bertanding di satu perlimen di Terengganu, dia hanya datang 2 buah kereta. Rumah sewa dan rakan-rakannya semuanya ditanggung oleh PAS. Malah semua kerja-kerja untuk PR itu dilakukan PAS dia seolah-olah datang menjadi 'tuan besar'. Macam mana ahli PAS tak marah, kalau sewa rumah untuk dia pun PAS kena tanggung. Ingat semua ahli PAS kerja cetak duit ke?
PKR kena faham putus Tahaluf Siyasi bukan bermakna PAS - PKR mesti begaduh. Kalau PKR nak tiang bendera daripada kayu atau buluh, PAS boleh tolong sediakan kalau pekerja PKR tak ada tapi kenalah bayar JANGAN INGAT NAK FREE aje. Nak jadikan PAS macam tangga untuk di PIJAK-PIJAKnya.
Kalau PKR buat apa-apa majlis, jemput PAS. PAS akan hadir. Kalau UMNO buat pun PAS hadir takkan PKR yang budiman PAS nak ketepikan. Bukan hadir berjabat tangan sahaja malah kalau berpeluk-peluk boleh!!
Pembaca ada baca berita bagaimana PKR kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak lagi mengagihkan draf daftar pemilih kepada parti-parti politik, PKR Perak dikatakan bertindak nekad dengan membawa mesin fotostat ke pejabat suruhanjaya itu di Ipoh untuk membuat salinan. (terfikir ke kenapa PAS rilek tak bising pun... PAS UG dengan SPR ke?)
Untuk maklumat pembaca sebelum ini data pemilih yang PKR guna adalah semuanya disediakan oleh Jentera IT PAS Pusat. Dulu SPR jual draf harga RM40 ribu. PAS tak beli PAS buat sendiri. PKR ambil PAS punya. Sampai hari ini tuntutan wang sumbangan untuk kerja-kerja Jentera IT dalam menyediakan draf pemilih tak di bayar.
Ini satu contoh.
Itu yang dikatakan PKR ni SUKA PIJAK-PIJAK kepala PAS.Tahaluf Siyasi bukan bermakna kita boleh pijak-pijak kepala kawan!


Jadi tak hairanlah bila Rafizi beria-ia nak buat INVOKE kononnya untuk Malaysia tetapi sebenarnya nak buat database politik PKR yang sebelum ini takde dan mengharapkan Jabatan IT PAS.

Kena ingat dalam politik ni, bukan buat ceramah, fitnah dan jatuhkan pihak lawan je resipi untuk menang. Kena ada culaan dan kenalpasti pengundi. Dari pemerhatian kami, hanya ada 5 parti politik yang mantap dari jentera pilihan raya iaitu parti-parti yang otai (UMNO, PBB, PAS dan DAP). Hanya DAP yang ada jentera pilihan raya yang boleh dipakai dalam pakatan itu pun fokus kepada kawasan bandar dan pengundi bukan Melayu. 3 lagi parti (PKR, PAN dan PPBM) hanya gah dalam ceramah. Boleh dibilang dengan jari keahlian di setiap kawasan Parlimen. Kalau ahli pun tak cukup, macam mana nak buat jentera?

Kita akan lihat selepas ini drama tarik tali antara PKR dan PAS akan berterusan hingga PRU sebab PKR memang susah nak hidup tanpa PAS.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top