Nuffnang

MASALAH INTERGRITI? 46% Individu Ditahan SPRM Merupakan Penjawat Awam!!!


Alahai...... boleh pakai ke fakta ini? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 414 individu atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini, dengan 191 orang atau 46% daripadanya merupakan penjawat awam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Bahari Mohd Jamil berkata, 13 daripada penjawat awam tersebut memegang jawatan peringkat pengurusan tertinggi, 44 daripada peringkat pengurusan dan profesional, manakala 134 pula adalah kumpulan pelaksana.

“Kita mahu memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah yang memang fokusnya terhadap gejala rasuah dalam sektor awam.

“Dalam masa 3 tahun ini menjelang 2020, kita fokus kepada sektor awam dahulu. Bagaimanapun, ia tidak bermakna sektor lain diketepikan,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengakui sektor awam menghadapi masalah integriti, susulan tangkapan demi tangkapan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas penjawat awam dalam kes rasuah kebelakangan ini.

Tetapi, katanya, ia bukanlah masalah besar mahupun terlalu kecil, namun ia perlu dijadikan peringatan kepada penjawat awam lain.

“Saya tak boleh kata masalah integriti itu besar, tetapi saya tak boleh nafikan ia langsung tiada masalah. Tetapi, SPRM sentiasa melaksanakan tugas mereka terhadap (pantau) penjawat awam.

“Tangkapan SPRM satu peringatan baik kepada penjawat awam untuk sentiasa memastikan integriti yang baik,” katanya. 

Beliau merujuk sejumlah kakitangan kerajaan daripada pangkat rendah sehingga tinggi yang ditahan SPRM sejak kebelakangan ini.

Pada 8 Mac lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan berkata, SPRM menetapkan 3 tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.

Katanya, sebanyak 665 kertas siasatan dibuka sepanjang 2016 sehingga Februari lalu melibatkan penjawat awam, dengan 548 kakitangan kerajaan ditahan dan 63 kes dihadapkan ke mahkamah.

Azam turut merujuk kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah sebagai indikator tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh “tidur” dengan wang lebih RM50 juta di rumahnya.

Mengulas lanjut, Ali berkata, masalah integriti di kalangan penjawat awam masih kecil serta terkawal dan kerajaan tidak akan melindungi mereka yang melanggar undang-undang.

“Masih seimbang, kita tidak boleh katakan orang bawahan atau atasan mana lebih banyak terlibat. Ini kes kecil daripada jumlah penjawat awam.

“Kita sentiasa ingatkan mereka untuk tidak lakukan kesalahan berdasarkan mekanisme kita dan SPRM ada cara mereka untuk cegah,” katanya sambil menasihatkan penjawat awam supaya setia kepada kerajaan memerintah.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top