Nuffnang

PELAKSANAAN GST : Kenapa Arab Saudi Mahu Belajar Dari Malaysia??


Malaysia sebenarnya adalah negara contoh kepada kebanyakan negara lain di dunia terutamanya negara ketiga seperti Afrika dan negara negara baru membangun.

Antara perkara yang banyak negara membangun hendak pelajari adalah sistem tanah FELDA dan pengurusan Haji, selain itu mereka juga mahu melihat cara cara Permodalan Nasional Berhad (PNB) diuruskan.

Paling uniknya di Malaysia banyak perkara yang diadaptasikan adalah untuk keperluan rakyat. Walaupun ada mengambil modul negara lain seperti FELDA yang mengambil contoh negara China tetapi membuatnya dalam acuan terbaik untuk Malaysia.

Begitu juga dengan PNB, dengan mengambil wang dari rakyat sebagai deposit semurah RM10 , mengumpulnya lalu menjadikan dana untuk mengambil alih syarikat besar untuk ditadbir urus.

Anak anak Melayu dilantik menjadi tokoh koprat. Malangnya ramai juga mereka yang dilantik ke jawatan di GLC terlupa matlamat asal dan lupa kepada membantu bumiputra yang mewujudkan PNB.

Indonesia juga, pada satu waktu pernah membicarakan urusan Haji dan persoalkan kenapa negara mereka tiada badan seperti Lembaga Urusan Haji.

LUTH amat berkesan sehingga jemaah Haji dari Malaysia menjadi manja dan mengada ngada kerana apa apa sahaja masalah mereka akan bergantung kepada LUTH tidak seperti jemaah negara lain.

Dengan kedatangan Raja Arab Saudi dan rombongan besarnya ke negara kita , bermakna Malaysia akan mendapat faedah dari hubungan baik bilateral kedua dua negara ini.

Ramai juga rakyat Malaysia yang jahil tidak faham maksud “bilateral”. Pada si jahil ini maksud perniagaan adalah Malaysia sahaja yang beruntung dan rakan niaganya mesti dalam kerugian.

Mereka tidak faham maksud “win win” di mana pada mereka berniaga mesti Malaysia sahaja yang untung.

Tidak lansung masuk dalam akal fikiran mereka berniaga bermaksud ada yang Malaysia kena serah dan ada yang Malaysia perlu ambil.

Pada selepas serangan 9/11 lagi negara Arab terutamanya Arab Saudi telah mula mencari hub perniagaan baru selain dari negara Eropah dan Amerika, dan pakar pakar mereka telah mengenal pasti Malaysia dan rantau Asean adalah “the place to be”.

Malaysia mendapat keutamaan kerana status negara Islam dan sekaligus memiliki pasarana yang sesuai.

Bermula dari situlah mulanya rakyat dari rantau Arab dan teluk mula membanjiri Malaysia setiap musim panas di negara mereka.

Menurut agensi pelancongan , rakyat Arab yang menjadi tetamu sebagai pelancong telah mencecah 100,000 orang setahun semenjak tahun 2015 lagi.

Selain itu mereka juga membuka banyak kedai makan Arab kerana mendapat sambutan dari rakyat negara mereka di sini dan juga rakyat Malaysia sendiri.

Beberapa apartment dan kondo d Malaysia telah dikenal pasti sebagai kondo yang dibanjiri oleh rakyat Arab.

Atas sebab tabiat suka masak sendiri dan makan makanan sendiri serta selalu “stay” lebih dari 5 hari maka mereka selalu memilih service apartment untuk disewa.

Pada lawatan Raja Salman ke Malaysia ini Menteri Kewangan nya Ebrahim Al Assaf ada menyatakan negaranya berminat untuk belajar cara Malaysia mengurus dan mengimplementasi GST. 

Ini kerana negara Arab Saudi akan mula melaksanakan VAT, iaitu cukai nilai tambah yang mirip kepada GST.

Kenyataan mahu belajar dibuat kerana Malaysia adalah negara Islam yang sesuai untuk dijadikan contoh dan adaptasi. India juga mahu belajar GST dari Malaysia.

Ini bermakna Malaysia sememangnya cekap dan berhemah dalam menguruskan cukai ganti dari SST.

Ramai rakyat Malaysia yang kurang arif , yang memerli merli dan mengkritik lupa bahawa GST adalah gantian SST16%. Mereka bersikap seolah olah GST iu cukai baru yang membebankan.

Mereka elak menjawab berkenaan cukai SST 11%, mungkin kerana ketika zaman SST dibuat, mereka belum akal baligh lagi agaknya.

Maka dengan kenyataan Menteri Kewangan Arab Saudi itu, ia boleh dianggap sebagai pengiktirafan kepada kewangan Malaysia dan cara ia diuruskan.

Selain itu Arab Saudi juga mahu memulakan pemberian BRIM cara mereka kerana mendapati pendapatan rakyat bawahan boleh “generate” pusingan ekonomi.

Maka selain dapat memberi kebaikan kepada rakyat bawahan, kuasa membeli mereka boleh membantu ekonomi negara. Tambah lagi si penerima adalah sasaran yang tepat.

Begitulah , Malaysia dipandang tinggi dari sudut kaca mata negara Islam yang hebat. Hanya mereka yang pengkhianat sahaja cuba beri gambaran buruk kerana nafsu politik dan kuasa.

Kebaikan sudah dibutakan oleh kain hitam yang bernama dengki, nafsu kuasa dan fitnah.


Beruang Biru

BB307, Rabu
1 Mac 2017
Share this article

2 Komen:

  1. MEKASIH YAM Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud & YAB PM Orang Asal/Indigenous/Bumiputera Islam/Melayu, YAB DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak terCINTA kita ni!

    Tapi, tolong PASTIKan mana2 PELABURAN Petronas termsk. bersama ARAMCO di RAPID PENGERANG kita ni akan juga FOKUS bantu BANGSA Bumiputera kita termasuk yg. terCICIR SEKOLAH - supaya TAK diDISKRIMINASI termasuk utk. KURSUS2 jangka pendek yg. begitu MAHAL dlm. industri MINYAK/GAS/PETROKIMIA di IKBN cthnya di Bndr. Penawar di JOHOR tu; yg. juga menawarkan SIJIL ANTARABANGSA dlm. industri gas/minyak! Patutnya PERCUMA atau diTAJA oleh K'jaan (bukan hanya bergantung pd. industri2 utk. MENAJA depa) pd. bangsa BUMIPUTERA MISKIN/SEDERHANA kita termask. yg. TERCICIR SEKOLAH! Dan TAK diDISKRIMINASI dr. segi umur sbb ramai jenerasi BERUMUR dr. bangsa BUMIPUTERA kita yg. masih GAJI MINIMA pun nak REBUT peluang kat industri MINYAK/GAS/PETROKIMIA ni! Dan kenapa KURSUS2 industri minyak/gas/pertokimia ni hanya diJOHOR?!!

    Dan kenapa prog. JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA yg. amat BERNAS tu , terutamanya utk. BANTU bangsa BUMIPUTERA MISKIN/TERCICIR SEKOLAH tu TAK diHEBOHkan secara BESARAN - senyap aja, aahal???!!!! Facebooknya pun masih belum di"UPDATED" ke 2017!

    Tok Landak.

    Nota: Aku harap sy. PETROKIMIA Jerman, BASF tu yg. dapat punya bayak TANAH2 negeri, di JOHOR & KUANTAN baru2 ni; TAK menDISKRIMINASI bangsa BUMIPUTERA kita - apalagi aku pi kat website dia; nak cari muka BUMI pun SUSAH! Tapi di BASF di Jerman cthnya, K'jaan Jerman tu amat MELINDUNGI pekerja2 BUMIPUTERA Jerman dia!

    Begitu juga kalau bina HUB industri minyak/gas/Petrokimia kat SIBU juga - pastikan bangsa BUMIPUTERA miskin/tercicir sekolah kita juga dpt. REBUT peluang EMAS ini - & TAK dak had umur!

    BalasPadam
  2. Baca artikel amat BERNAS ini utk. paham kenapa puak si puak TERORIS PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPJUBOQ BABI/PAPig-SingaPORK - si puak RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD - begitu DENGKI psl. PELABURAN $30 BILLION oleh YAM Raja Salman/K'jaan Arab Saudi/ARAMCO ni ke atas RAPID PENGERANG kita, sbg. HUB industri minyak/gas/petrokimia terCANGGIH & TERBESAR di ASIA!

    Lihat di - http://theflyingkick.blogspot.my/2017/03/dap-sakit-hati-apabila-arab-saudi.html:

    DAP SAKIT HATI APABILA ARAB SAUDI MELABUR DI RAPID PENGERANG DAN JEJASKAN KEUNTUNGAN BESAR SINGAPURA!!!

    Wednesday, March 1, 2017

    (Tok Landak)

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top