Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DIPECAT : PTD Hina Arwah Tok Nan Hilang Jawatan!!!


Pegawai tadbir diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, digantung tugas dan diarah pulang pada 13 Januari lalu telah diambil tindakan tatatertib danDIPECAT sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Sumber berkata, pegawai itu yang digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut susulan kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook ‘Wa Sengat Lu’ mengaku mengeluarkan kenyataan itu dalam facebooknya. Siasatan kes itu telah selesai.

Pegawai berkenaan juga bukan bertugas bersama Kementerian Luar, sebaliknya PTD kementerian lain yang mengikuti kursus dan ditempatkan di Filipina sejak November 2015. Memandangkan kesalahan PTD berkenaan amat berat selaku penjawat awam dan memalukan PTD maka hukuman pemecatan itu adalah setimpal.

Sebelum itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam akaun Twitternya mengesahkan tindakan sudah diambil ke atas pegawai terbabit. “Tindakan telah diambil. Pegawai diarah balik segera ke KL untuk tindakan tatatertib,”

Sumber berkata kesalahan PTD bernama Nazrul Imran Mohd Nor selaku Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia, Manila dengan kata-kata menghina Allahyarham Tan Sri Adenan“Kesian, Hilang kawan, hilang deposit” menyebabkan sentimen kemarahan rakyat Sarawak yang sedang berduka. Kesalahan ini jelas dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.P.U. (A) 395/1993.

Hukuman ini satu pengajaran kepada penjawat awam yang melanggar peraturan dan sibuk dengan politik dari menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top