Nuffnang

LANGKAH KAJANG : Kesilapan Anwar Dan Mahathir!!!


Langkah Kajang merompak segalanya. Bukan sahaja Anwar dan Dr Mahathir masih bergelut mencari kekuatan yang hilang, tapi Najib semakin hari semakin kukuh.

Dulu

Ketika mewajarkan Langkah Kajang untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon DUN Kajang, Rafizi Ramli berkata ia langkah berjaga-jaga PKR menghadapi plot kem Tun Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan Selangor,” kata bekas setiausaha agung PKR itu.

Malah, Anwar ‘gembira’ apabila mendapat tahu Dr Mahathir ‘berminat’ dengan Langkah Kajang.

Anwar di satu ceramah di Cheras berkata Dr Mahathir terpaksa memanggil mesyuarat khas membincangkan strategi itu.

“Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat.

“Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi menteri besar. ‘Tak boleh jadi perdana menteri jadi menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat’.

“Kemudian Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata ‘kamu tidak kenal Anwar. Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno’,” kata Anwar yang dipetik laman The Malaysian Insider yang kini sudah ditutup.

Menurut Anwar, kebimbangan Dr Mahathir dan Daim itu membuktikan “strategi Langkah Kajang itu tepat”.

Menjawab serangan PKR terhadapnya, Dr Mahathir berkata Langkah Kajang hanyalah sandiwara politik PKR, yang tidak lain hanya bertujuan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar.

“Pilihan raya ini semuanya berpusing-pusing antara Anwar dan keluarganya sahaja. Bila beliau tak dapat bertanding, dia suruh isterinya jadi calon.

“Jelas perjuangan mereka ini adalah perjuangan keluarga Anwar untuk jadikannya perdana menteri,” sindir Dr Mahathir ketika turun berkempen untuk BN di Pilihan Raya Kecil Kajang.

Pendek kata, ketika itu, PKR menggunakan Dr Mahathir sebagai momokan untuk mewajarkan Langkah Kajang, sementara Dr Mahathir ppula membalas serangan dengan menyasarkan keluarga Anwar.

Malangnya, tarikh bicara Anwar datang awal daripada sepatutnya. Tarikh hari penamaan calon pula lambat daripada biasa. Takdirnya, hasrat Anwar bertanding PRK Kajang tidak kesampaian selepas Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya.

Kini

Melihat bagaimana Dr Mahathir cuba mendekati Anwar dan menyakinkan otai-otai reformis, manakala PKR cuba berbaik dengan bekas perdana menteri yang kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ramai boleh melihat betapa silapnya percaturan pemain Langkah Kajang.

Kalau Rafizi dan Anwar ketika itu tidak menganggap Dr Mahathir sebagai musuh utama berbanding Najib, begitu juga kalau Dr Mahathir tidak menganggap Anwar ancaman yang lebih besar daripada Najib, sudah tentu situasi hari ini sangat berlainan.

Barangkali Anwar ialah menteri besar Selangor hari ini, dan Najib sudah jatuh tersungkur.

Malangnya, Langkah Kajang merompak segalanya. Bukan sahaja Anwar dan Dr Mahathir masih bergelut mencari masa dan kekuatan yang hilang, tapi musuh Dr Mahathir dan penghalang cita-cita Anwar, iaitu Najib, semakin hari semakin kukuh kedudukannya.

Oleh itu, para penyokong pembangkang perlu berwaspada dan was-was akan strategi dari mereka yang mencipta, menyokong dan bermain dengan Langkah Kajang tempoh hari.

Jika tidak, bersedialah untuk buta-buta terperangkap dalam pusaran permainan emosi, sentimen dan persepsi yang tiada jalan keluar, dibuai harapan yang kelihatan indah tetapi palsu semata-mata.


Share this article

1 Komen:

  1. Langkah Kajang mencelikkan mata pengundi ttg permainan politik utk mndapat kuasa semata-mata bukan utk kepentingan rakyat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top