Nuffnang

HINA YDP AGONG : Polis Tahan Remaja 19 Tahun!!


Saja cari pasal. Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerana dipercayai memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dalam laman sosial Facebook miliknya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, suspek berasal dari Johor itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam pada jam 5 petang semalam.

“Sebelum hadir ke sini, suspek terlebih dahulu membuat laporan polis di Lanchang, Pahang, tempat beliau tinggal dan bekerja kerana mendakwa ada individu lain memuat naik kenyataan berkenaan menggunakan namanya ‘Arif Senai’.


“Laporan polis berkenaan kemudian dirujuk kepada kami yang meminta beliau hadir ke sini untuk memberi keterangan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Shafien, polis kemudian merampas telefon bimbit suspek untuk membantu siasatan dan suspek direman sehingga Isnin depan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan seorang lagi pemilik Facebook bernama “Aman Jebat” kerana disyaki melakukan kesalahan sama.

Semalam, satu laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa “Arif Senai” menghina Sultan Muhammad V dan Sultan Nazrin, manakala “Aman Jebat” menghina keturunan raja.
Share this article

3 Komen:

  1. Ni lah dia contoh anak Melayu yg bodoh banggang. Raja2 Melayu dihina sambil tohkong kapir yg ANTI MELAYU disembah.

    BalasPadam
  2. pelik betul lah kenapa la suka sangat mengeji orang lain

    BalasPadam
  3. munkin mereka mereka ni diberi makan duit hasil rasuah sejak lahir kot....ataupun masa bersama dulu si ayah dan ibu nya tak baca doa perlindungan....tu pasal Jin tumpang sekaki tabur benihnya....tu pasal bila besar perangai mcm jin setan...tubuh badan jer nampak mcm manusia...maki hamun umpat keji org lain dah jadi zikir dan wirid harian mereka...!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top