Nuffnang

BERUS BABI : Menteri Arah Henti Serbuan, Tempoh Sebulan Buat Peniaga!!!


Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mengarahkan operasi merampas berus cat disyaki menggunakan bulu babi dihentikan segera, bagi mengelakkan sensitiviti agama dan memastikan keharmonian kaum terpelihara.


“Semalam, lepas mesyuarat Pasca Kabinet, saya ada maklum kepada pegawai saya yang diketuai pengarah penguat kuasa KPDNKK, Roslan Mahayudin supaya henti buat serbuan.

“Sepatutnya, ia dilakukan dengan cara lebih berhemah dan kita tidak mahu isu ini terus menjadi polemik sehingga boleh memecahbelahkan rakyat negara ini dan ingin memastikan keharmonian kaum.

“Saya cuma nak beritahu pegawai janganlah buat rampasan seolah-olah ada masalah besar dan negara,” kata Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media khas hari ini.

Ahad lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilaporkan akan memeriksa semua premis menjual perkakasan binaan dan pasar raya di seluruh negara bagi mengesan berus cat bulu babi yang dijual di pasaran.

Ia susulan penemuan Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (IPPH-UPM) yang mendapati sampel berus cat dihantar untuk ujian makmal disahkan diperbuat daripada bulu babi.

Ekoran itu, KPDNKK dengan kerjasama jabatan agama negeri melakukan pemeriksaan mengejut dan merampas berus cat disyaki diperbuat daripada bulu babi, selain menggunakan logo dan sijil halal palsu.

Hamzah berkata, semua pembekal dan peniaga perlu melabelkan produk bukan makanan, sama ada ia mengandungi DNA babi atau sebaliknya untuk memudahkan pengguna membuat pilihan, sejajar Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang Diperbuat Daripada Mana-mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013.

“Sepatutnya, peniaga mempunyai etika untuk memberitahu pembeli sama ada barang itu daripada binatang atau sebaliknya, dan pada masa sama saya nak ingatkan semua pengguna dah tahu isu ini berbangkit, mereka perlu tanya peniaga kalau tidak pasti kandungan sesuatu barang itu.”

Beliau turut menempelak pihak yang menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas isu itu.

“Saya tahu ada kumpulan yang hanya melihat inilah masa mereka hendak memecahbelahkan kita, mereka akan menggunakan isu ini dan cakap ini masalah kerajaan BN. Kita juga minta semua media lepas ini kalau isu sensitif, jumpa menteri dulu,” katanya.
Share this article

5 Komen:

  1. UMNO dah liberal sekarang...nanti ada fatwa bulu babi tak najis...yg najis cuma daging babi..Inilah jadinya jika iman dah tak ada...yg penting org china mesti sokong aku..yg sensitif sekarang sudah jadi biasa biasa...patutlah kalimah allah dia org nak letak dlm gereja..benteng iman semua dah runtuh...harapkan pegar,pegar makan padi...

    BalasPadam
  2. Nak dapt undi sanggup wat apa saja........ Jgn teekejut kalau depa luluskan permintaan Dong Zong.....
    Ps : melayu pakatan pun 2 x 5 je

    BalasPadam
  3. Ya..apa dah jadi dgn kerajaan BN yg sy sendiri pangkah dlm PRU.sensitivity apanya..bukan baru pertama kali jabatan tu buat operasi.
    Tak habis..habis bangsa ku di beli.sampai menganguk-ngantuk org2 yg ada kat tepi dia,tanda sependapat dgn mereka yg bkn islam

    BalasPadam
  4. Hanya orang melayu perlu jaga keharmonian

    BalasPadam
  5. Kenapa mau serbu? Kenapa halang orang lain jual produk babi? Tak payah beli lah...itu saja.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top