
KEKAYAAN LUAR BIASA : KP PKR Ampang Disiasat SPRM!!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly berhubung sumber kekayaannya.
Adam yang tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 8.15 pagi tadi, menghabiskan masa lebih 4 jam memberi keterangan kepada SPRM.
“Saya ucapkan tahniah kepada SPRM kerana dengan siasatan ini, menunjukkan mereka sangat telus.
“Saya ditanya tentang sumber pendapatan saya dan saya sudah menyatakan semua,” katanya selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM, tengah hari ini.
Mengulas lanjut, pegawai khas kepada Ketua Wanita PKR itu berkata, beliau sedia dipanggil buat kali ke-2 untuk membantu siasatan SPRM, jika perlu.
Adam diarahkan hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, 2 hari lalu.
Pada 15 November lalu, Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos membawa wartawan menaiki helikopter meninjau banglo milik Adam di Ampang.
Jamal mendakwa pemuda berusia 28 tahun itu turut memiliki pelbagai kereta mewah, meskipun baru 1 penggal memegang jawatan dalam PKR.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kejayaan Adam yang hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum dan selepas beliau menjadi ketua Pemuda PKR Ampang.
Adam bagaimanapun menjelaskan, kediamannya di Ampang berharga RM1 juta, bukannya RM7 juta seperti didakwa Jamal kerana ia adalah rumah terbengkalai yang dijual bank.
Satu laporan SPRM dibuat Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



barang kemas rm300 00 hilang warga emas terkejut b...

bila mata anak mula merah ini mungkin sebabnya

remaja lelaki hampir diculik dua individu ketika b...

kesilapan penggunaan kad kredit yang ramai orang b...

amira othman buka mulut isu mesra dengan fattah am...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....