Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : "Respon" Najib Ke Atas Penurunan Nilai Ringgit


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya, berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.

“Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah.

“Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita,” kata beliau pada program Soal Jawab Khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini Isnin.

Program sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.

Beliau turut menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar-dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia.

Share this article

4 Komen:

  1. “Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit....' hahahaha....matawang Zimbabwe, Lesotho, Ivory Coast, Tahiti, Afghanistan, etc,etc.....hahahahaha

    BalasPadam
  2. Buatlah perbandingan dengan negara yang lobih baik atau seangkatan dengan kita......RAkyat nak tau kenapa RM jatuh DS - bukan nak tau ada negara yang lebih terok dari kita. RAkyat nak tau kenapa Thailand dan Philipina sekarang ni dah boleh memotong kita dari segi prestasi. Rakyat nak tau apa langkah2 yg gomen ambik untuk stabil dan kukuh kan RM. Kalau barisam pimpinan yg ada sekarang ni tidak berupaya memajukan Malaysia, sila turun dan serahkan kepada barisan yang lobih berupaya....

    BalasPadam
  3. Sebab ada penyangak matawang... Terbaru...atok terlajak tua dia..ni banyak.strategi..nak menjahanamkan Malaysia... Kita berdoa jerlah agar Allah..pelihara kita Ameen

    BalasPadam
  4. Tak pun PENYANGAK dalam Kerajaan. rasuah sana sini......Pemimpin sedia ada mengjahanamkan negara. Tak kan la pemimpin yg ada dengan orang 'tua' pun dah mengelabah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top