Nuffnang

KENA LAGI : Mahkamah Rayuan Terima Rayuan Saman Najib Ke Atas Rafizi!!!


PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan dan pemilik sebuah portal tidak dibenar menggunakan komen wajar sebagai pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya berhubung isu subsidi minyak.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi pada April lalu.

“Kami setuju dengan peguam perayu (Najib dan Rosmah Mansor) terdapat merit dalam isu dibangkitkan. Kami benarkan rayuan ini,” kata Hakim Datuk Rohana Yusof yang mengetuai panel 3 hakim itu.

Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasangan itu untuk membatalkan pembelaan Rafizi Ramli dan pemilik portal Media Rakyat, Chan Chee Keong menggunakan ulasan wajar.

Hakim, Datuk Noraini Abdul Rahman dilaporkan berkata, pembatalan pembelaan itu terlalu awal, sebaliknya beliau mahu perbicaraan diteruskan dan keputusan akan dibuat kemudian, sama ada mereka berhak diberikan pembelaan.

Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili kedua-dua defendan berkata, beliau akan mendapatkan arahan sama ada akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

“Bagaimanapun, kami ada pembelaan lain, termasuk keistimewaan layak untuk mencabar saman itu,” katanya sambil menambah, jika mereka enggan merayu, perbicaraan boleh diadakan tahun depan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 8 Disember ini.

“Plaintif (Najib) memfailkan pelbagai saman dan beliau bimbang membersihkan namanya,” kata Razlan.

Perdana menteri turut memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua dan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung skandal 1MDB dan RM2.6 bilion.

Pada 16 April 2015, Najib dan Rosmah memfailkan saman itu mendakwa Rafizi memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, di sini pada 22 November 2014.

Dalam pernyataan tuntutan itu, pasangan itu mendakwa ucapan Rafizi dirakam ‘Media Rakyat’ yang kemudiannya dimuat naik Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk ‘Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak’.

Mereka juga mendakwa rakaman yang sama turut dikongsi Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Pasangan berkenaan turut menuduh Chan gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab dalam mengesah atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top