Nuffnang

Gula : Felda Tidak Akan Menaikkan Harga Gula Tanpa Kelulusan Kerajaan




Sekadar Hiasan



Jempol: Peneraju gula bertapis utama negara MSM Malaysia Holding Berhad, anak syarikat FELDA Global Ventures (FGV) masih menunggu keputusan kerajaan berkaitan kenaikan harga gula.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun berlaku kenaikan harga gula mentah dunia, pihaknya tidak akan menaikkan harga gula tanpa kelulusan kerajaan.

Menurutnya, ketika ini pengeluaran gula oleh dua kilang milik MSM di Prai dan Perlis ialah 90,000 tan sebulan, mencukupi untuk kegunaan penduduk di negara ini.

“Namun dibimbangi kesan kenaikan harga gula mentah dunia semakin ketara kerana meningkat sehingga 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kita sudah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mengkaji harga siling gula namun ia belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Tinju Piala Pengerusi FELDA Tertutup dan Perasmian Akademi Tinju FELDA Wilayah Raja Alias, di sini, malam tadi.

Mohd Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, selagi belum ada pengumuman rasmi harga, gula di pasaran masih dijual pada RM2.84 sekilogram.-HM.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top