Nuffnang

PANASSS : Nazri Sindir JAKIM - Tolong Jangan Bagi Nampak Bodoh!!


Minggu ini, Jakim menolak permohonan pensijilan halal Auntie Anne's dan ianya menjadi viral di media sosial dan blog, dengan ramai orang Islam mempersoalkan status halal barangan makanan. 
Sebagai tindak balas, Bahagian Jaminan Kualiti (QA) dan Eksekutif Halal Auntie Anne's, Farhatul Kamilah pada Isnin memuatnaik penjelaskan di laman Facebook bahawa permohonan halal telah ditolak kerana isu-isu nama "hot dog" dan pentadbiran.

Jakim mahu Aunty Anne's untuk menamakan semula produk makanan dan boleh digunakan semula untuk pensijilan halal bagi cawangannya berdasarkan zon bagi memudahkan proses pengauditan. 

Sebelum ini, syarikat itu telah mendaftar pensijilan halal untuk semua 45 cawangan di bawah satu permohonan.

Farhatul telah memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Aunty Anne's sedang dalam proses mendapatkan pensijilan.

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan Auntie Anne's menukar nama makanan mereka daripada 'Pretzel dog’ kepada ‘Pretzel sausage’ untuk memudahkan pensijilan halal.

"Ia lebih sesuai dengan menggunakan nama Pretzel Sausage'," jelas Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee. 

"Proses penambahbaikan sedang dijalankan dari semasa ke semasa.

"Nama baik Malaysia sebagai tokoh perintis 'halal global' perlu dipertingkatkan.

"Untuk mengelakkan isu ini di peringkat global, panel telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama seperti itu," katanya melalui WhatsApp pada Selasa.

Menteri Pelancongan, Nazri Aziz yang merupakan pemimpin UMNO paling laser setakat ini ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan syarikat Auntie Anne’s menukar nama masakan sosej berbalut roti itu.

Pertukaran nama itu dilaporkan harus dibuat bagi mengelak kekeliruan pengguna Islam sebelum sijil halal dikeluarkan kepada syarikat makanan segera itu, yang berasal dari Amerika Syarikat.

Nazri berkata perkataan “hot dog” tidak bermakna makanan itu mengandungi daging anjing dan tidak wajarlah bahagian halal Jakim menjadikan istilah tersebut satu masalah.

“Hot dog memang orang tahu makanan barat. Ia berasal dari bahasa Inggeris. Ia sejenis makanan barat. Tolonglah jangan buat kita nampak macam bodoh dan mundur,” katanya ketika ditemui di luar Parlimen hari ini.

“Hot dog itu hot dog-lah, malah dalam bahasa Melayu ia disebut hot dog. Ia sudah berada di sini bertahun-tahun. Saya juga Muslim tetapi saya tidak tersinggung.” Nazri juga menyifatkan arahan tersebut daripada mereka yang “jahil” yang “tidak hidup dalam dunia nyata.”

Baca ni..
KUALA LUMPUR: An Umno minister today blamed “ignoramuses” in authority for the controversy over the use of the word “hotdog”, adding that these people were not living in the real world. 
Tourism and Culture Minister Nazri Aziz added that there was no way that his Muslim faith would be affected by consuming a hotdog. 
“In fact, I think I want to eat a hotdog now,” he told reporters at the Parliament lobby, adding that as a Muslim he was not offended by the name. 
The Padang Rengas MP was responding to news reports that popular pretzel chain Auntie Anne’s was denied halal certification by the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) for several reasons, including having the name “Pretzel Dog” as one of its food items. 
Nazri went on to state that “hotdog” was always known as a western snack and an English term. 
“Please don’t make us look so stupid and backward or even talk about changing the name. Even in Malay we call it a hotdog. We don’t call it ‘anjing panas’,” Nazri said ~ FMT

Habis semua orang di 'Bodoh' kannya ..termasuk Mahathir sekali.. kah.. kah..
Share this article

6 Komen:

  1. Salam. Jamal Khir Baharom tak nak jawap ke bila Jakim kena bodohkan? Atau sememangnua nak bodohkan Menteri Agama BN tu.

    BalasPadam
  2. Salam. Jamal Khir Baharom tak nak jawap ke bila Jakim kena bodohkan? Atau sememangnua nak bodohkan Menteri Agama BN tu.

    BalasPadam
  3. Benda baik yg JAKIM buat inipun org Islam boleh bertelagah dan berbelah bagi xnak bagi support penuh? Tak kiralah menteri UMNO ke atau macai DAPig atau penyokong BERSHIT.
    Ini tanya2 kerosakan Aqidah umat Islam akhir zaman.
    DLm Islam mana2 yg menyerupai yg haram adalah haram hukumnya.

    Spt kita nk minum air tp menyatakan air itu adalah arak..hukumnya terus berubah jadi spt meminum arak sebab Islam sgt menjaga SIFAT dan AKHLAK!

    bg yg jahil diluar sana usahlah menyindir2 atau main2 dgn mengutuk JAKIM atau Menteri yg byk jasa pd urusan Agama di negar aini Dato Jamil Khir. Kelak anda di akhirat nanti tak cukup tanah kot nk lari mengadap kemurkaan Allah bermain2 dgn isu2 hukum da Aqidah ini!

    apahal nk fokus divert ini mcm soal 'menteri agama bn'? kau ni politik smpai dlm kubur lah cahaya majis oiii!

    BalasPadam
  4. Eluk saranan JAKIM tu. Tukar je perkataan dog tu kepada nama lain yg lebih decent dan tak meragukan. Ia sebenarnya saranan yg baik bukan sebaliknya.

    BalasPadam
  5. Yer...eloklah tukar pada hot sausage...sbb.hot dog tu nama gelaran orang kafir...kat makanan tu kita kat sini panggil sosej....sapa Yang.bodoh..sebenarnya...

    BalasPadam
  6. nazri nampak bodoh sebenarnya. Macama mana nak memperkasakan agensi agama sedangkan ramai menteri taraf nazri bodoh ada dalam kabinet. tak boleh ker minta penjelasan melalui menteri dengan menteri daripada buat statement yang bangang. Ada sebab kenapa jakim menolak permohonan premises tersebut.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top